Archive for July, 2008

Tsara Adriana dan Cat

Posted in Tsara Adriana on July 31, 2008 by thafiexq

“Cat..Cat..”

“Iye.. Tsara nak main dengan Cat ke..”

“Nak.. Nak..”

“Ok.. Jom uncle bawak main dengan cat ye..”

(Ada cat kat depan Tsara.. Kat belakang pun ada..)

(Rambut putar..)

(cam nk berak je cat nie.. hehe)

Gigi dan Besi

Posted in July 2008 on July 31, 2008 by thafiexq

“Kebibi, awak tak nak pakai braces ke?”. Cadangan

“Buruk sangat ke gigi saya ni?”. Persoalan

“Gigi atas dah cantik, yang bawah tu just bagi rata je”. Jaga Hati

“Satu gigi je pun..” Malu

“Sanggup ke awak berjalan dengan mamat gigi besi. Bila saya senyum terpancar silauan dari besi gigi bawah”. Rendah diri

“Pakailah penutup mulut”. Melawak

“Argghhhhhhhhhhhhhhhh”… hehe

p/s Sesiapa ada experience pakai besi?

Tag Dari “Cik Puan Kesum” MY FAMILY

Posted in Tagged on July 31, 2008 by thafiexq

Create your own family sticker graphic at pYzam.com

Sudah Lama aku tidak di tagging. hehe Bila aku membaca blog sahabat tagging comel ini selalu di bacaku. Dalam hati bertanya, bilalah aku hendak di tagging tag ini. Terima kasih di ucapkan kepada Cik Puan Kesum. Meh saya jawab tag dari anda.

1. kali pertama naik kapal terbang

First time masa darjah 2 naik belon domestik dari KL ke Penang bersama pakcik pada ketika itu dia ada kerja di Utara. Aku bersama sepupu aku pada ketika itu.

2. kali pertama ke oversea

Saya ke Australia. Ni planning untuk melawat Indonesia hujung tahun ini. Nak ikut?


3. Kali pertama duduk berjauhan dengan keluarga

Semasa aku melanjutkan pelajaran peringkat Diploma di UiTM kedah pada 2003. Kemudian saya berjauhan dengan mereka ever since.

4. Ingin melancong ke

Europe, Jepun dan Indonesia

5. Favourite accessories

Bag & Sweater.. Never leave without ’em

6. 4 Perkataan yg selalu disebut

“I Love You”

“Iye..”

“Okai”

“Iye ke?”

7. Kalo ada duit *juta…juta…juta*

Tengok duit itu source dari mana. Kalau dari titik peluh sendiri nak bawak keluarga pergi Haji. Else, opening a business and travelling.

8. Siapakah yg akan di tag:

Ahmoi

Suzila

Mizly Yuna

Sunway Bunga

Posted in July 2008 on July 30, 2008 by thafiexq

Pagi ahad yang membosankan. Terasa aura malas menyelubungi badan. Mulalah aktiviti tidur terlajak akan berlansung sepanjang hari ini. Tidak mungkin. Hehe

Keluarga mengajak untuk berjalan sambil membawa Tsara Adriana berjalan jalan. Destinasi pilihan Sunway Pyramid. Dekat dekat sudah lah. Malas hendak berlumba dengan kereta lain.

Di bahagian ruang legar Sunway Pyramid di hiasi banyak bunga.Harum. Ketika itu Tsara tidak boleh duduk diam menyuruh aku menangkap gambarnya bersama bunga bunga yang menghiasi ruang dalaman Sunway Pyramid.

Dalam hati berbisik.. Cantinya.. tapi.. Rasa membazirlah! Waa

(Jadi Model Ya bila besar nanti.. hehe)

Drag dan HoneyStar

Posted in July 2008 on July 30, 2008 by thafiexq

Pagi Sabtu aku bertemankan Tsara dan kakak.Sesudah solat subuh aku sudah tidak dapat melelapkan mata,. Tak apalah. Aku online sahajalah.

Seawal 730pagi Tsara diberi makan HoneyStar sebagai alas perut sementara Papanya bangun dari buaian mimpi. Aku juga lapar. Hehe

MTV menjadi channel pilihan Tsara. Ada pula lagu dari Leona Lewis yang bertajuk Better In Time. Lagu itu antara lagu kesukaan Tsara. Tidak berkelip matanya menghayati lagu itu.

Kakak pula datang dari belakang.

Leona Drag Lewis !

Aku ketawa besar!

Karangan UPSR

Posted in July 2008 on July 29, 2008 by thafiexq

(APA PENDAPAT ANDA)

Semua Naik

Posted in July 2008 on July 28, 2008 by thafiexq

Petrol naik ….

Toll naik ….


Beras naik ….



Semua naik ….



Sekarang ….

TOMATO pun naik …….

(Hehehe..)

Lapar dan Buah

Posted in July 2008 on July 27, 2008 by thafiexq

Perut aku lapar pagi ini. Mengejar masa ke konti 730 pagi. (Maaf..hehe). LEWAT! Perut aku memanggil supaya diberi suapan. Aku tidak melayan perasaan perut yang lapar itu.

Aku ke Bahagian Penjilidan. Setelah diberi taklimat dan melakukan sedikit praktikal, kepala aku mula pening. Aku mula melihat bintang menyinari permandangan..kabur sehingga aku hampir terduduk. Aduh..Mahu pitam agaknya.

Aku duduk di kerusi entrance untuk merehatkan badan. Dihadapan aku ada buah. Ada epal, pear dan limau. Melihat buah yang fresh dihadapan buat air liur aku membanjiri bibir aku yang seksi ini. Tidak tahan dengan lapar aku ambil buah epal dihadapan aku lalu mengigit untuk dijamah.

CIS! Buah Plastik!

Haha

Terima Kasih II

Posted in July 2008 on July 25, 2008 by thafiexq

Terima Kasih I

Mizly

Entri ini aku dedikasikan kepada Suzila yang comel dan cun melecun.. hehe Kepadamu Seri.. Maaf aku tidak sempat bergambar denganmu. Hari selasa ini aku akan pastikan aku dapat meluangkan masa denganmu lagi . hehe

Berakhir sudah hari praktikal aku di U*M. Berat aku hendak meninggalkan tempat yang bernama Perpustakan tapi dalam tempoh 2 bulan ini aku banyak belajar. Seribu satu pengalaman dan ragam manusia yang aku jumpa. Aku juga berkesempatan berjumpa dengan hantu. Alhamdulillah dia tak kacau aku. Aku juga sempat diberi perluang menjadi Superman. hehe

Di sini aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pustakawan dan staff kerana memberi untuk ajar kepada aku. Aku ingin menyusun jari kemaafan sekiranya terdapat sedikit kelemahan pada diri mungkin sedikit menganggu kerja kalian.

Aku akan abadikan saat saat indah ini selamanya.

Terima Kasih Suzila atas pemberian Potpuri Lavender yang wangi dan comel! JOM kita tengok wayang sama sama! YEY! Terima kasih juga kerana snap pic candid yang comel itu. hehe

Terima Kasih segalanya; budi, pengalaman dan kemesraan!

(Curi quote dari Bluehikari)

Berat bukan untuk meninggalkan sesuatu?

Nickname II

Posted in July 2008 on July 25, 2008 by thafiexq

Nickname

Aku diberi nickname baru untuk tempoh seminggu dari Cinta sahaja!

Chewbacca

dan

Ultraman

Motif panggilan ini.. Biarlah rahsia.. waaaa Gerammmm! Jahatttttt! Hehehe

p/s yang lain jgn pandai pandai atau nk pasang niat nk panggil aku dengan gelaran itu ek! muahahaha