Yup.. Aku adalah seekor “black sheep” dalam keluarga.
Pernah dikata aku tidak bijak.
Pernah dikata aku menyusahkan keluarga.
Pernah dikata aku tidak menjaga hati semua.
Pernah dikata aku tidak sedar aku ni siapa.
Pernah dikata aku tidak menghormati orang tua.
Mereka tidak sedar aku dibesarkan dengan melihat ragam keluarga aku sendiri. Aku belajar dari pelbagai drama yang terjadi dan aku tidak ikut. Aku diam . Bila perasaan aku terguris dan emosi aku ditonjolkan dikata aku itu ini. Aku tetap senyap. Masih lagi mendengar amarah dari dia. Seperti aku ni masih lagi budak sekolah. Aku senyap . Dalam senyap aku tahu tidak lagi diperlukan lagi. Mengapa? Kerana mereka kata aku tak hargai. Kalau itulah yang dimaksudkan. Baik aku tinggalkan semua. Biarlah aku lenyap supaya mereka bahagia.
Semuanya salah aku.. Semuanya aku. Yang jahatnya aku.. Dulu orang di atas aku pernah buat sesuatu di luar kawalan pernah mereka pertikaikan? Yup. Itu lah yang dimaksudkan dengan “Black Sheep”. Aku lah kambing itu.
Katanya juga bila aku pandai pegang duit sendiri mereka kata aku lupa diri. Mereka tak tahu aku simpan duit untuk mereka umrah melancong . Itulah matlamat aku.. Itulah cita cita aku.. Tapi aku hancur.. Dikatanya, “pergilah ikut sesiapa sahaja yang dianggap penting”. Tetap senyap.
Aku mengambil keputusan untuk menutup BLOG aku selamanya. Mahu mulakan hidup baru. Tidak lagi aku mahu kongsi kepada sesiapa tentang hidup aku. Aku mahu solo. Aku mahu bersendirian.
Aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca yang sudi berhenti membaca entri aku sebagai perhentian. Kini perhentian itu terhenti selamanya.
Maaf aku ucapkan. Mohon berkat dari mereka.
Assalamualaikum..
You must be logged in to post a comment.