Superman

(Insiden berlaku beberapa minggu yang lalu).

Pagi Jumaat aku mahu pulang ke rumah. Sejak pagi lagi aku rasa hati tak sedap. Terdetik rasanya hendak sambung tidur lagi lah. Rasa hendak melakukan sesuatu untuk mengelakkan dari pulang ke rumah.

“Abang topik bawak moto elok elok tau”.

Aduh.. Kata kata itu membuatkan aku rasa bertambah gelisah tanpa sebab. Ahh redah je lah. Tiba di rumah aku mahu berehat since hari ini aku bercuti dari praktikal.

Aku membawa moto seperti biasa.Otak pun tak fikir apa apa . Aku sedar di hadapan kanan aku ada remaja cina menunggang motor honda c70 dengan kadar memecut 60kmj. Tiba tiba dia membelok ke kiri tanpa memberi sebarang signal ke kiri. BANGGGGG!

Aku terbang melayang seperti Superman .Kepala aku terhantuk di mudguard dan tersadai di tepi jalan. Ya Allah.. Aku bersyukur sangat ketika itu tiada kereta lalu lalang di situ. Berpusing 180 darjah. Aduh!

Alhamdulillah aku tiada apa apa kecederaan pada bentuk fizikal aku yang mantap ini. haha! Tapi malang bagi si pesalah. Dia ada luka sedikit tapi moto dia sihat walafiat!

Kami settle secara baik dan aku menyuruh membayar ganti rugi!

aduh..

(Anda pernah mengalami kemalangan? cerita sedikit)

p/s mama, maaf kerana mama tidak ketahuan tentang tentang kejadian ini. Saya ok. Saya akan berhati hati selepas ini.

8 Responses to “Superman”

  1. accident?

    heheh aku ada dua tiga kali accident moto ni.
    paling terok rekod setakat ni kat federal hway.
    sama la dengan ko, aku tercampak mcm superman… tapi aku superwoman la. masuk dalam semak.

    aku pitam sekejap. sedar2, aku tengok dah ramai mamat moto tolong aku. 1st thing aku tanya bila dah sedar tu,

    “bang, selipar saya?

    eheheh…

  2. accident? aduhai.. syukur tak cedera parah.. dan malaikat lindung thafiexq..

    hmm.. penah accident teruk masa tahun 2003 – tumpang kawan kepada sepupu balik penang.. kat simpang pulai, kereta dia terbabas masuk longkang – 4 tayar ke atas.. syukur Allah panjangkan umur.. walaupun masa tu dah terbau petrol..

    eee.. taknak ingat dah .. ngeri.. dan start daripada hari tu.. mmg tak berani balik tumpang org dah.. kawan sepupu ker.. tunang sepupu ler.. NO WAY.. (skrg balik ngan abang jer lah hihihi..)

  3. bagus la kau tidak apa2…

    apa2 yang terjadi atas kehendak Dia..

    harap kamu sabar yer…🙂

  4. kosong> kekadang kite hati2 tapi len tak berjaga jaga. betul tak? nasib baik carik selipar mana kan.. kalo bende lain.. haha

    kaktiny> tu la.. syukur sangat.. ni baru bala sekecik semut.. apa? sampai terbalik? aiyo.. nasib baik kaktiny ok kan.. teringat pada arwah sahabat yang meninggal kerana kemalangan. muda lagi..

    tasikmerah> alhamdulillah.. semuanya ok… amin…

    thanks atas doa kalian

  5. erx…mcm keciaan jer…huhuhuh…
    da ilang ke machoan ko jatuh motor..
    akue da update blog tue..
    p la usha
    hehehe

  6. waduh~~ sakit bangat…aitu aku pun eksiden gak..mampir gitu..mampir…..gwe sikit bangettt mau alami kecelakaan bersama itu lori..waduhh!! alhamdulillah..masih selamat sih…..

  7. thafiexq Says:

    afdsmkad> aku dah ushar! hehe

    Mizly> alhamdulillah aku tak ape ape.. just sakit pinggang slalu.. arghhh

  8. […] setelah 5 hari sembuh. Cepatnya aku tua.. Aku rasa pinggang aku menjadi jadi mungkin kesan dari Superman bulan lepas. Tolong […]

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: