Archive for June, 2008

Asam Pedas & Interaksi

Posted in Jun 2008 on June 30, 2008 by thafiexq

SABTU- Panasnya petang ini. Bahang rasanya. Aku membuka penghawa dingin 3. Masih lagi terasa panas dari luar. Tsara Adriana mengambil perluang yang ada untuk membuli Mama Tok dan Abah Wan. Hehe nakal betul. Mama Tok dan Abah Wan tidak jemu jemu melayan celoteh puteri.Tidak kering gusi. Kami baru sahaja berangkat pulang dari rumah saudara di Puchong. Destinasi wajib bagi ibu bapaku untuk berkunjung setiap bulan.

Kami dihidangkan makanan cukup istimewa. Ruginya tidak sempat mengambil gambar! Ini semua gara gara perut kosong dan nafsu makan yang menguasai diri! Hehe Bismillah…

(Gambar Hiasan)

Asam Pedas Johor (Ikan Pari)

(Gambar Hiasan)

Sayur Campur Continue reading

Teman Maafkan Aku

Posted in Jun 2008, poem on June 27, 2008 by thafiexq

 

Teman … maafkan aku

Andai bicaraku

Melukai hatimu

Tanpa ku sendiri menyedari ..

 

Teman,

Terkadang aku jua begitu

Terusik jiwaku dan tingkahmu.

Namun kupasti

Bukan niatmu

Membuat rajuk di hati.

 

Teman … maafkan aku

Jika gurauku

Menguris nalurimu.

Tapi kau harus mengerti

Hidup takkan berseri

Tanpa usikan dan tawa keriangan.

 

Teman,

Tidak ku harap pendirianku dihormati.

Bukan keegoan memalut di hati

Tapi prinsipku menguasai diri.

 

Teman … maafkan aku

Hanya itu yang ku pinta

Ukirkanlah senyuman

Dibibirmu itu,

Sebelum jasadku

Terbujur kaku.

 

(Nukilan tahun 2001 The Bukit)

Hanya Kerana

Posted in Jun 2008, poem on June 26, 2008 by thafiexq

(credit flickr)

 

” Hanya kerana datang

Dia akan pergi …

 

Hanya kerana wujud

Dia akan hilang …

 

Hanya kerana bahagia

Dia akan derita …

 

Hanya kerana sayang

Dia akan dibenci …

 

Hanya kerana diingati

Dia akan dilupai …

 

Hanya kerana hidup

Dia akan mati …

 

Tiada dusta di dalam nista

Hanya penafian dalam kebenaran…

 

Tiada penipuan dalam kepuraan

Hanya keegoan mengatasi bicara …

 

Justeru itu memahami sesuatu

Lebih baik dari mendengar sesuatu … “

 

(Nukilan di majalah The Bukit 2000)

Orkid OH! Orkid

Posted in Jun 2008 on June 25, 2008 by thafiexq

Orkid oh Orkid.

Bukan aku maksudkan Orkid di dalam cerita Sepet lakonan Sharifah Amani tetapi sejenis pokok yang di katakan salah satu tanaman hiasan yang amat popular di Malaysia, dengan iklim yang panas dan lembap sepanjang tahun, Malaysia merupakan tempat taburan hidup orkid liar yang mencapau ribuan jenis.  

Orkid amat popular di tanam dikalangan pengemar flora di Malaysia kerana pelbagai aspek seperti saiz, struktur, dan warna yang perlbagai. (cantik!) 

Ibu bapaku seorang pengemar Orkid sejak 2006 lagi. Mereka mengumpul dan menjaga bunga Orkid dari seluruh Malaysia tidak lokek menghabiskan ratusan ringgit hanya untuk sepasu Orkid. Ya, cukup menarik apabila terdapat ribuan kacukan Orkid yang ada di Malaysia. Nama pun pelik pelik. Yang menarik perhatian aku adalah jenis kacukan Orkid yang diberi nama Abdullah Ahmad Badawi. Hehe .. 

 Melihat warna dan jenis Orkid di hadapan rumah aku rasa tenang terlupa akan kesibukan yang akan mendatang sampainya aku di Kota Lumpur.  

Aku pulang rumah baru baru ini terpegun dengan keindahan Orkid yang menjalar dari pasunya. Bapa aku menceritakan satu persatu fakta dan cara untuk menjaga orkid supaya sihat. Penjagaan orkid memang sukar kerana mereka memerlukan cahaya dan kelembapan yang sesuai untuk hidup. 

Bapa aku berhasrat untuk membuat kacukan sendiri orkid belaanya kerana beliau pakar dalam bidang sebegini. Ibu aku pula akan memberi baja kepada Orkid orkidnya mengikut jadual yang di tetapkan.  Kini orkid lebih mudah di dapati di gedung pasaraya seperti Carefour dan Tesco. Pendapat bapaku, lebih baik membeli Orkid atau bunga bungaan dari Nursery kerana bungaan di situ lebih sihat dan terjamin. 

Indah melihat orkid!

( Anda pengemar bunga?)

Pemandu Gila

Posted in Jun 2008 on June 23, 2008 by thafiexq

( credit Flickr)

Aku pulang ke teratak dengan debaran setelah sekian lama aku tidak mengenguk rumah dan suasana Utara. Aku tiba di perkarangan perhentian bas pada jam 5pagi. Melihat sekeliling aku dapati sudah banyak kenderaan lalu lalang dan memuntahkan asap asap hitam dari bontot kenderaan mereka. Pencemaran !!!!! Terbatuk aku di buatnya. Ya Allah, dosanya umat manusia merosakan kurniaanMu.

Mata aku memerhati pemandu memandu kenderaan mereka di jalan raya. Masih ada hati nak racing di waktu subuh! Ya Allah. Tak ada kerja ke manusia ini! Binatang kancil vs kelisa.. Elok sangatlah tu. Dengan lampu neon di bawah dan pemasangan musik yang kuat membuatkan mereka sudah gah di jalan raya agaknya . Gila namanya itu! Selepas kemalangan kecil yang berlaku pada diriku, aku lebih menghargai erti sebuah kehidupan.( Impak Maksima).

Tengahari menjelma, aku dan sahabat baik mula merayap ke Island untuk membeli jeruk jerukan permintaan rakan rakan. Aduh! Panas di utara sungguh pedih dan perit berbanding di Kuala Lumpur. Kemerahan tangan dan sekitar muka menjadi kesan pemanasan global. Tak perlu santai di pantai, hanya duduk di dalam kereta sahaja anda akan rasa terbakar. ( Itu baru neraka dunia.. Allahuakbar)

Perjalanan ke Island hanya mengambil sekitar 30minit. Sepanjang perjalanan aku melihat kenderaan lain memandu kereta macam menempah kubur sendiri terutama sekali bagi penunggang motosikal. Tergamam aku di buatnya.

Apalah nak jadi dengan masyarakat Malaysia sekarang.. Etika di jalan raya makin hari makin suram.. *Pemandu gila namanya!

( Anda pemandu berhemah? atau pernah menyaksikan aksi aksi maut dari pemandu Malaysia?)

( Sanggupkah anda hidup dalam keadaan sebegini?)

Superman

Posted in Jun 2008 on June 23, 2008 by thafiexq

(Insiden berlaku beberapa minggu yang lalu).

Pagi Jumaat aku mahu pulang ke rumah. Sejak pagi lagi aku rasa hati tak sedap. Terdetik rasanya hendak sambung tidur lagi lah. Rasa hendak melakukan sesuatu untuk mengelakkan dari pulang ke rumah.

“Abang topik bawak moto elok elok tau”.

Aduh.. Kata kata itu membuatkan aku rasa bertambah gelisah tanpa sebab. Ahh redah je lah. Tiba di rumah aku mahu berehat since hari ini aku bercuti dari praktikal.

Aku membawa moto seperti biasa.Otak pun tak fikir apa apa . Aku sedar di hadapan kanan aku ada remaja cina menunggang motor honda c70 dengan kadar memecut 60kmj. Tiba tiba dia membelok ke kiri tanpa memberi sebarang signal ke kiri. BANGGGGG!

Aku terbang melayang seperti Superman .Kepala aku terhantuk di mudguard dan tersadai di tepi jalan. Ya Allah.. Aku bersyukur sangat ketika itu tiada kereta lalu lalang di situ. Berpusing 180 darjah. Aduh!

Alhamdulillah aku tiada apa apa kecederaan pada bentuk fizikal aku yang mantap ini. haha! Tapi malang bagi si pesalah. Dia ada luka sedikit tapi moto dia sihat walafiat!

Kami settle secara baik dan aku menyuruh membayar ganti rugi!

aduh..

(Anda pernah mengalami kemalangan? cerita sedikit)

p/s mama, maaf kerana mama tidak ketahuan tentang tentang kejadian ini. Saya ok. Saya akan berhati hati selepas ini.

Talk Smack

Posted in Jun 2008 on June 20, 2008 by thafiexq

Whispy Beard

(credit to Life in Nanning )

Tengah hari aku keluar lunch dengan sahabat di sebuah gerai berdekatan dengan tempat kerja. Aku makan nasi lauk pineapple curry (pajeri nenas haha..) bersama ayam goreng. Bismillah.. Aum..

Sebelah meja aku ada sekumpulan veteran menjamu selera. Tidak kisahlah kan. Yang membingitkan telinga aku serta membantutkan kekusyukan aku nak menjamah rezeki depan mata,  mereka ini bersembang lucah baik punya. Terlalu EXTREME! Aduh! Nak aku elobarate ke? Umur lingkungan 40an. Aduh. Malu la brother..

Benda dalam seluar  pun nak bercerita kuat kuat. Aku sebagai lelaki admit la pernah berceria tentang benda benda sebegini tapi rasa kurang sopan la bila hendak ber*TALK SMACK sebegitu sekali! Aku hanya menjeling mata kepada sahabat di hadapan aku sambil memberi isyarat “wat dunno je”.

Malu seribu kali malu!

Pajeri Nenas

(Anda makan apa masa lunch tadi?)

p/s Pajeri nenas.. sodap!

Balik Kampung & Jeruk

Posted in Jun 2008 on June 19, 2008 by thafiexq

(source-achiam)

Hujung minggu ini aku berkesempatan untuk pulang ke teratak bonda. Sudah lama aku tak pulang. Hampir setengah tahun. Rindu dengan masakan mama dan kereta kancil putihku. vroom

Bila dapat tahu aku nak balik kampung, kawan kawan mula lah pesan itu ini. Pesan hangin je. waa kopak lah aku! hehe tak berkira pun. Saje je.”Nak pesan ape ape ke?”. hehe

Antara yang famous pesanan adalah jeruk-jerukan penang.

Jeruk apa kegemaran anda?

Aku mahu pusing pusing .. waa

p/s argghh sedapnya salak

Urut

Posted in Jun 2008 on June 18, 2008 by thafiexq

(source – flickr)

Pinggang aku dan sekitar belakang semakin menjadi jadi lenguhnya. Urat urat tarik sana sini buat aku kurang selesa. Kesian si dia menjadi mangsa menjadi tukang urut. Bukan dia sahaja, even teman sepraktikal menjadi tukang urut tak professional. Tsara tidak terlepas menjadi tukang urut mini menumbuk numbuk belakang uncle.. hehe

Aku kene biasakan semua ini. Kalaulah rezeki aku menjadi “orang kapal terbang” lebih besar cabaranya bukan?.

Baru baru ini aku ada mengurut belakang di saloon.Saloon? ha ah.. Part of services yang ada di saloon di sekitar Kuala Lumpur.Hanya RM13 ringgit sahaja sekitar 20minit. Berbaloi.. Antara yang termurah . Selalunya aku pergi mengurut di Ampang dan Klang tetapi mahal lah.

Ada suggestion pusat mengurut halal?

Cinta II

Posted in poem on June 15, 2008 by thafiexq

Bila sang waktu tak jua buatku mengerti
apa lagi yang sanggup beri ?
mengharapkannya sungguh teramat menyeksa hati
meski aku bahagia dalam cinta semua ini

dan di ujung senja aku berkata…
hanya padanya segala rasa ini bermakna
dan di sudut hati aku berjanji..
aku akan slalu menanti hingga waktu berhenti

Tuhan, salahkah aku akan rasaku padanya?
adakah sesungguhnya aku bersalah
bila sanggup mencintanya…
meski tak harus bersamanya…

thanks to penyair