Aku Dan Fin… Selamat Tinggal

Posted in Uncategorized on December 29, 2009 by thafiexq

Yup.. Aku adalah seekor “black sheep” dalam keluarga.

Pernah dikata aku tidak bijak.

Pernah dikata aku menyusahkan keluarga.

Pernah dikata aku tidak menjaga hati semua.

Pernah dikata aku tidak sedar aku ni siapa.

Pernah dikata aku tidak menghormati orang tua.

Mereka tidak sedar aku dibesarkan dengan melihat ragam keluarga aku sendiri. Aku belajar dari pelbagai drama yang terjadi dan aku tidak ikut. Aku diam . Bila perasaan aku terguris dan emosi aku ditonjolkan dikata aku itu ini. Aku tetap senyap. Masih lagi mendengar amarah dari dia. Seperti aku ni masih lagi budak sekolah. Aku senyap . Dalam senyap aku tahu tidak lagi diperlukan lagi. Mengapa? Kerana mereka kata aku tak hargai. Kalau itulah yang dimaksudkan. Baik aku tinggalkan semua. Biarlah aku lenyap supaya mereka bahagia.

Semuanya salah aku.. Semuanya aku. Yang jahatnya aku.. Dulu orang di atas aku pernah buat sesuatu di luar kawalan pernah mereka pertikaikan? Yup. Itu lah yang dimaksudkan dengan “Black Sheep”. Aku lah kambing itu.

Katanya juga bila aku pandai pegang duit sendiri mereka kata aku lupa diri. Mereka tak tahu aku simpan duit untuk mereka umrah melancong . Itulah matlamat aku.. Itulah cita cita aku..  Tapi aku hancur.. Dikatanya, “pergilah ikut sesiapa sahaja yang dianggap penting”. Tetap senyap.

Aku mengambil keputusan untuk menutup BLOG aku selamanya. Mahu mulakan hidup baru. Tidak lagi aku mahu kongsi kepada sesiapa tentang hidup aku. Aku mahu solo. Aku mahu bersendirian.

Aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca yang sudi berhenti membaca entri aku sebagai perhentian. Kini perhentian itu terhenti selamanya.

Maaf aku ucapkan. Mohon berkat dari mereka.

Assalamualaikum..

Aku Dan Peluang

Posted in December 2009 on December 20, 2009 by thafiexq

Do you believe in second chance?

Yup! Everybody deserve a second chance..

🙂

Aku Dan Toyol

Posted in December 2009 on December 20, 2009 by thafiexq

“Ko kalo dah sampai hotel kat Johor, Its better ko share room je”, Pesan sahabat.

“Kenapa plak?”, Aku.

” Banyak sangat gangguan kat situ.. Suka kaco”.

GULP!!!!

“Apa hantu yang ada?”, tanya aku.

Ada..

TOYOL

Langsuir

Pocong.

Hantu yang paling digeruni..

Hantu TOBBY!

Hahaha Sial!

Tibanya aku di Hotel tu semua orang dah pakat nak share room. Aku ni jenis suke privacy. So aku buat tak layan je la dengan cerita kekonon dengan adanya kewujudan hantu nie. Aku selalu mulakan rutin dengan membaca ayat suci dan memberi salam sebelum aku masuk ke dalam bilik hotel. Aku masuk. Aku memang dapat rasakan aura yang kurang menyenangkan. Gelap dan sejuk sangat. Ahhh! aku buat tak layan dengan perasaan ni. Tapi dalam hati sebenarnya cuak! hehe

Tiba tiba ada orang ketuk pintu bilik aku! Cuak juga nak bangun nak tgk sape yang datang. Alih alih kawan aku. Aku pun bagila dia masuk.

“Tobby aku nak tumpang tidur kat bilik ko! Ada hantu!!!!!!”

“What Ko jangan! Aku dah la penakut!!”

Aku pun bagila dia masuk.. kami bukak lampu dan pasang tv. Dia cakap masa dia tidur. Dia dengar zip beg dia terbuka perlahan lahan. Pastu dengar ada benda jatuh kat toilet. Dia terus bangun dan larik ke bilik aku.

GULP!

Terus kami tak tidur malam tu. Subuh, aku teman dia untuk ambik barang barang dia. Its seem that troli beg dia bersepah di lantai then shampoo hotel bertaburan di lantai bilik air. Kami terkejut!

Selepas bersiap bagai kami pun check out.Bertugas pula awal pulak tue. Kami pun mengadu la orang yang bertugas kat kaunter. Dia  mohon maaf sal tu sume ganggu toyol.

TOYOL!

Selamber je dia cakap. Dia kata kat belakang hotel ni ada kawasan pendalaman. Kebanyakan orang orang kat situ bela toyol. Hurm. Naik bulu roma bila staff hotel cite sendiri kat kiteorang. OK! Lepas nie Bye bye! Jangan harap aku bertandang kat hotel tu lagi!

Aku Dan Komunikasi

Posted in December 2009 on December 11, 2009 by thafiexq

Perkara yang paling penting dalam perhubungan adalah komunikasi dan persefahaman. Antara seorang itu perlu ada sifat penyabar dan tahu kawal situasi supaya aura sekeliling dalam keadaan yang terkawal.

Berlaku pada aku. Semuanya gara gara sedikit selisih faham aku mula bersikap tidak rasional. Aku ni jenis yang simpan perasaan dendam. Bila dah makan hati, pemikiran aku akan diracuni oleh perkara perkara yang tidak masuk akal.

Sabahat aku Abby berkata, tak guna kalau kita simpan. Seolah olah kita gali lubang tanpa dikambus  kembali then gali lagi lubang. Jadi permasalahan tak akan selesai. Benar katanya. Aku takut bila aku confront masalah sebegini aku takut keputusan yang diambil oleh nya mungkin akan membuat aku menyesal seumur hidup.

Dari mana aku mendapat kekuatan itu, aku lepaskan segala dendam dan persoalan yang bermain main di fikiran ku. Aku seolah olah bersedia dengan apa yang berlaku. Aku bincang dan bincang dan setiap penjelasan yang diberikan sedikit sebanyak aku berpuas hati.

Katanya, mungkin aku tidak berpuas hati dengan penjelasanya tapi deep inside aku melihat kesungguhanya. Banyak sangat kebaikan dia telah lakukan kepada aku. Bukan perluang aku berikan tapi aku bukakan lagi pintu untuk menyayang dirinya.

Terima kasih kerana tetap disisi. :*

Tsara Adriana Dan Sekolah

Posted in Tsara Adriana on December 10, 2009 by thafiexq

Uncle! Jom! Jom!

Nak pegi mana sayang?

Sekolah lah…

heheh comel sungguh… iye iye.. jom..

🙂

Aku Dan Kepercayaan

Posted in December 2009 on December 9, 2009 by thafiexq

Just dunt trust anybody.

Apa yang aku sangka dan tetapan pendirian aku dahulu hingga kini , memang benar tiada siapa yang boleh dipercayai walau betapa sayangnya pasangan kita, yang mungkin di namakan cinta atau sahabat. Walaupun seakrab mana sekali pun… Walaupun selama mana hubungan itu bertahan..

Percayalah..

Manusia always has the dark side or secret. Now i know the real you.  Dan aku tidak akan bercakap atau bersuara tentang ni malah aku akan senyap. Biar ia mungkin memakan jiwa aku tapi dengan cara  ini, aku akan menyimpan perasaan itu dan  bila bila masa ia mungkin meletup! Bila waktu itu tiba trust me … Its gonna be ugly…

Aku terkejut dengan penemuan ni. Mungkin Allah telah membuka sedikit pintu supaya aku lebih berhati hati dengan bayangan si dia. Aku sudah sehabis jujur denganmu.. Aku sudah berikan jiwa dan raga aku padamu.. Aku tahu kamu juga melakukan perkara yang sama pada aku tapi penemuan ini telah membuka kembali kepercayaan aku yang selama ini supaya jangan sesekali percaya pada orang especially orang yang terdekat dengan aku.. Dulu aku bertanya kamu kata sahabat tapi bukti ini berlawanan dari kata kata kamu. Baiklah.. Aku mahu melihat sejauh mana drama ini berlanjutan sehingga duration “2” itu menjelma ..

Bukti sudah aku simpan. Wahai angin malam.. Dodoilah aku supaya esok hari aku  menjadi seorang yang lebih tabah dari hari ini.

Aku Dan Selamat Pengantin Baru

Posted in December 2009 on December 4, 2009 by thafiexq

Ramainya sahabat aku dah dirikan rumah tangga!

Maaf kepada Muiz dan Nani, Qylah, Suzila kerana tak dapat hadir ke hari yang cukup special untuk korang.Aku doakan hari yang bersejarah tu berjalan dengan lancar dan doakan aku supaya bahagia ke anak cucu!

p/s When is my turn? end of next year?