Archive for June, 2009

Aku Dan E75

Posted in Uncategorized on June 20, 2009 by thafiexq

Barulah aku dapat merasakan telefon bimbit baru hasil dari titik peluh aku sendiri..

e75

(kotak je?.. mane hpnye? haha)

Aku Dan Miri

Posted in Jun 2009 on June 20, 2009 by thafiexq

Sebelum aku bertolak masuk ke dalam pickup menuju ke KLIA, badan aku tidak bermaya untuk berganjak. Aku selsema dan badan sedikit panas gara gara aku berjemur kepanasan baru baru ini. Aku kuatkan semangat. Jadual aku pada hari ini aku bermalam di Miri, Sarawak.

Sepanjang perjalanan aku mabuk udara, mungkin kesan ubat atau tindak balas “pressure” pada badan aku yang lemah. Aku diberi perluang untuk duduk seketika di belakang sambil melelapkan mata buat sementara waktu. Mujurlah aku mendapat set crew yang cukup memahami.

Setibanya aku di Park City Everly Hotel Miri, aku hanya mahu tidur sahaja..Hotel ini terletak di Jalan Temenggong Datuk Oyong Lawai. Sepanjang perjalanan suasana seperti aku berada di Port Dickson. Indah.Hotel yang bertaraf 4 bintang ini cukup indah dengan konsep yang di tonjolkan. Kontemporeri moden. 

10062009026

Apa yang aku fikirkan ketika ini hanya mahu tidur sahaja… hehe

10062009028

zzzz.. hehe

10062009024

Cantik hiasannya.

10062009027

cak!

10062009038

Aku bangun pagi itu.. Aku demam… Kuatkan semangat!

10062009033

Pagi yang berangin.. Pantai yang kurang memuaskan. tapi permandangan oklah kan.. huhu

10062009035

Macam dekat batu feringgi pula. hehe

10062009036

Terasa lapar pula.. Order la dulu makanan sebelum keluar kerja.

10062009042

Jom rehat!

Aku Dan Kuching

Posted in Jun 2009 on June 18, 2009 by thafiexq

 

14062009112

Selamat Datang Ke Kuching..

Aku bermalam di bandar Kuching sebelum bermulanya perjalanan kerja yang agak ketat keesokan harinya. Aku menginap di Hotel Hilton berdepan dengan Water Front. Suasananya cukup mempersonakan. Sesuai untuk couple couple yang mahu melancong di tempat yang cukup menawan yang berkonsepkan bandar. Aku mengambil kesempatan yang ada untuk berjalan jalan.Aku singgah di Cafe Bar menikmati minuman sambil melihat gelagat manusia sepanjang sungai di Waterfront.

12062009055

Bunga orkid menjadi hiasan.

12062009056

Konsep Bali yang cukup menyenangkan..

12062009057

Tenang..

Selesai sudah, pusing pusing satu Kuching aku pun pulang ke bilik hotel. Mahu rehat.

14062009089Hiasan di Lobby Hilton Hotel Kuching.

13062009082

(cak!) :p

13062009076

Aku beradu dulu…

Aku Dan H1N1

Posted in Jun 2009 on June 17, 2009 by thafiexq

13062009070

Aku di Lapangan Terbang Hong Kong

Aku digemparkan dengan berita penyebaran virus H1N1 yang semakin menular. Terlalu dekat dengan aku apabila virus itu berada di dalam kapal terbang dimana aku melakukan tugasan aku. Bayangkan virus itu terperangkap di dalam tubuh insan yang tidak bersalah selama 3 jam perjalanan dari Hong Kong ke Kota Kinabalu. Apa yang menjadi kerisauan kepada aku ialah penyebaran yang mungkin terkena pada aku.Ini bukan rekaan semata.

13062009074

Aku mendapat panggilan dari rakan sekerja pada ketika itu semalam. Dia berkata dia mendapat panggilan telefon dari Pusat Kesihatan Daerah menyuruh dia kuarantin di rumah selama 3 hari.Di balik paginya doktor dan staff akan memeriksa simptom simptom yang mungkin dihadapi jurus ke penyebaran virus H1N1. Aku gentar dan tergamam buat beberapa minit. Memikirkan apa patut aku lakukan.

Rakan aku yang lain menelefon aku mengatakan perkara yang sama, mendapat panggilan telefon supaya mengurung diri di rumah. Terpaku badan aku di atas katil angin. Bagaimana dengan rakan aku lagi 2. Adakah mereka mendapat panggilan telefon juga? Aku tidak membuang masa terus menelefon mereka bertanyakan perihal ini. Mereka seperti aku tidak mendapat sebarang panggilan dari pihak berkuasa.

Semalaman aku merenung dan mengingat kembali tempat duduk mangsa virus ketika. Tempat duduk 15A. Rakan aku berkata tempat itu dihuni lelaki “mat salleh”. Tidak penting semua itu lagi! Apa harus aku lakukan!! Aku bertekad untuk menyerahkan diri aku ke Hospital Serdang untuk membuat pemeriksaan.Nasihat dari rakan aku supaya menelefon talian bebas tol Pusat Kesihatan Daerah di tempat aku. Mereka menyarankan aku supaya dalam tempoh 24 jam aku duduk di rumah menunggu kedatangan mereka untuk melakukan pemeriksaan.

Aku memohon dari kalian supaya berdoa hindarilah sebarang kecelakaan yang berlaku kepada aku. Selamat Tinggal.

Aku Dan Impian

Posted in Jun 2009 on June 8, 2009 by thafiexq

Dulu aku tiada apa apa pada diri ku. Kini, aku telah kecapi impian aku. Malah Allah memberi aku lebih dari apa yang aku impikan.

Kini, barulah mereka mula mencari dan mahu mengenal aku seperti tiada apa yang berlaku.

Aku tidak mudah lupa.

 

Aku Dan Kerinduan Tsara Adriana

Posted in Jun 2009 on June 3, 2009 by thafiexq

kapak

Aku bermimpi kepada seseorang yang banyak memberi impak kepada aku. Orangnya kecil. Rambutnya kerinting seperti mamanya. Dulu aku seorang mudah melenting. Kini kamu dilahirkan di dunia ini mendorong aku menjadi seorang yang cukup penyayang.TSARA ADRIANA. Indah namanya.

cak

Kadang kala aku cuba mencari perluang untuk mencuri masa untuk memeluk dan melayan karenah si comel ini. Tapi halangan demi halangan menyekat kebebasan aku. Hanya komunikasi melalui telefon sahaja mengubat kerinduan aku. Cuba untuk menahan air mata dengan persoalan,

otomen

Bila Uncle nak jumpa Tsara”…..”Uncle mana?”..

muslimah

Ya Allah.. Akan aku kesitu.. berjumpa denganmu sayang..

1_832046875l

(cam upin ipin..hehe)

1_311173696l

(sayang semua..betul betul betul!)

Aku Dan Hong Kong

Posted in Jun 2009 on June 2, 2009 by thafiexq

HONG KONG

Aku jatuh cinta dengan Hong Kong, dengan kesejukan yang mencecah 22c. Pasti aku akan ke situ lagi bersamanya.