Archive for January, 2009

Aku Dan Awan

Posted in January 2009 on January 31, 2009 by thafiexq

Maaf kepada semua kerana sudah lama aku tidak mengupdate blog aku. Aku terlalu sibuk dengan training yang berlansung untuk 3 bulan berikutnya. Aku cuba untuk bercerita selagi masa terluang.

Hari pertama aku masuk ke kelas dengan penuh rasa debaran. Tidak sabar pula untuk bertemu sahabat baru. Dengan perlahan aku mengendap melihat rakan rakan baru. Aku disambut dengan greetings  dari setiap orang dalam bilik yang sejuk itu. Ahh.. Thats a good start for a day!

Terdapat 19 orang. 10 wanita dan 9 lelaki. Melihat dengan teliti terdapat seorang wanita mat salleh. Mata kehijauan. Tiada lansung ciri ciri warganegara Malaysia. Aku pun tegur. Namanya Shanti Jesicca. Shes an Indian! Im so freaking shocked.  Bangga plak ada mat salleh ni Malaysian .. hehe

Kini sudah 2 minggu aku dalam training. Aku dapat merasakan aku di BRAIN WASHED dan ia banyak mengubah aku in a perspective that i should act diffrently in a publics eye.

Aku suka! suka! dan Suka!

n807446877_1257319_4003

Aku Dan Jerawat

Posted in January 2009 on January 25, 2009 by thafiexq

Damn.. Aku ada jerawat di pipi kanan. Matilah aku kena sound dengan Instructor minggu depan. Waa..

Jerawat jahat. I hate u.. haha

Aku Dan Selipar ter … (ii)

Posted in January 2009 on January 20, 2009 by thafiexq

Baca  [Aku Dan Selipar ter..]

dsc01927

Bukan aku seorang sahaja … Hehehe

Aku ke Giant Seksyen 13 Shah Alam untuk membayar bil telefon bimbit aku. Di hadapan aku adalah hamba Allah nie memakai selipar terbalik dan konfiden nye tak perasan..hehe Aku gelak gelak comel dalam hati.. hehe

Aku Dan Kesunyian

Posted in January 2009 on January 17, 2009 by thafiexq

Pernahkah anda berada di situasi bagaimana anda  kaku di katil sendri tanpa boleh melakukan pergerakan badan. Setiap pergerakan yang digerakan sendi dan otot bagaikan badan rasa dihiris pisau. Kepala aku bagaikan tong drum yang diketuk ketuk dan penglihatan mata aku hanya diterangi cahaya yang amat terang sehingga aku meloya.

Katil aku dibasahi peluh dan rambut rambut aku basah sekali gus membuatkan aku rasa rimas. Aku mencapai telefon bimbit di bawah tilam dengan menggunakan segala kekuatan yang ada. Peritnya aku apabila mengalami migrain. Tapi kali ini antara paling teruk.

Konsep aku mudah. Tidak mahu menyusahkan sesiapa. Aku tahu ada orang terdekat berada di bilik sebelah tapi aku tiada cukup kekuatan untuk menganggu tidur mereka. Sebelum tidur aku sudah merasakan sesuatu yang tidak kena kerana leher aku macam rasa sesuatu yang tidak kena. Kebas.

Sambung. Aku hantar sms kepada dia. Tiada jawapan. Aku rasa baik aku hanya tidak layan perasaan sebegini. Lagi aku layan lagilah sengsara. 2 jam berperasaan sakit dengan denyutan dan perasaan hanya mahu putus asa aku ada kekuatan untuk bangun di awal pagi untuk menelan ubat. Aku hantar lagi sms. Tiada lagi jawapan.

Ya Allah. Permudahkanlah segala beban kesakitan aku. Aku teringat pada keadaan MAK.

Aku mengambil wuduk. Kentalkan semangat untuk beribadat. Aku cuba bersolat secara biasa. “Allahuakbar…” Aku jatuh terduduk. Theres is the moment aku merasakan ini serius.

Aku menefon sahabat. Teresak tagisan aku. Pagi ini aku harus aku ke klinik.Ini bukan sakit biasa lagi. Batuk aku pun salah satu penyumbang migrain.

9 pagi. Semalaman tiada daya untuk bergerak. Hanya doa sahaja aku mampu.

Sepupu aku tiba.. Memapah aku ke klinik..

Dugaan oh dugaan..

*Lepas nie aku hanya mahu pendam segalanya

Aku dan Mak ii

Posted in January 2009 on January 15, 2009 by thafiexq

Aku baru sahaja mendapat berita tentang Mak. Mak kini sudah pulang rumah dan dijaga rapi oleh anak anaknya. Aku mungkin tidak sempat pulang melawatnya kerana aku terlalu sibuk dengan persediaan training aku. Aku sedih pabila dapat tahu Mak bertanya tentang aku dari anaknya supaya aku teruskan dengan training aku. Dia memahami dan mendoakan aku supaya aku melalui hari hari seperti biasa.

Aku hanya bersendirian buat seketika. Aku cuba untuk menatap wajahnya.

Mak semakin sembuh tetapi masih lagi dalam keadaan sedih. Mak mungkin tidak terima hakikat yang Mak  sakit terlantar sedemikian rupa. Mak kini sudah mula proses mengurut. Aku berdoa supaya Mak cepat sembuh. Terima kasih kepada kawan kawan yang sudi mendoakan supaya Mak cepat sembuh.

 

Tag Dari CuteMiut78

Posted in Tagged on January 15, 2009 by thafiexq
Aku di tag oleh CuteMiut78.
16 perkara tentang aku yang maybe and ada orang tahu tentang aku.
1. suka mamam kek
2. suka coklat
3. suka feeling2 berangan
4. suka shoping
5. kuat merajuk
6. manja
7. suka baca novel mostly English Clasical Literature Novel
8. Love To Travel
9. I hate waiting
10. Very family oriented
11. Setia
12. Suke kene belai rambut.. hehe
13.Love to laugh.. muahaha
14. Love to surf the net
15. Love to spend time with his love ones
16. Hate when im sweats!
Setiap manusia yang hidup tidak pernah puas dengan apa yang ada.Tidak pernah puas hati akan apa yang dihajati.

Aku Dan Mak

Posted in January 2009 on January 12, 2009 by thafiexq

guguran

Masa aku kecil.. Masih merah kulitku hidup di muka bumi, aku dijaga oleh Mak. Mama dan Abah aku ketika itu bekerja mencari rezeki. Mak ialah kakak kepada Mama aku. Dahulu dan kini beliau menyara keluarganya dengan berniaga menjual nasi lemak. Istimewa sangat nasi lemaknya sehingga hanya boleh licin dalam masa sejam sahaja.

Aku mendapat panggilan dari Abah mengatakan Mak jatuh dan kini terlantar di Hospital  Sungai Petani. Aku rebah mendengar berita itu. Abah menenangkan aku dengan mengatakan tiada apa apa yang serius yang di hadapinya. Aku tahu itu semua kata kata penenang untuk menjaga hati aku.

Malam semalam aku cuba terkenang jasa Mak kepada aku. Aku menganggap dia bagai Mama aku sendiri. Setiap tahun di Hari Raya Mak akan membuat kuih raya kegemaran aku. Tidak putus memberikan aku duit raya tatkala usia aku sudah tidak sesuai menerimanya lagi.

Mak tidak jemu menceritakan perihal aku kepada saudara aku yang lain tentang kebaikan aku. Hurm.. Kini aku sudah buntu.. Buntu dan risau dengan keadaanya yang kini Mak “LUMPUH” separuh badan. Masih lagi terlantar di hospital.

Aku berdoa kepada Allah supaya permudahkan segala kesakitan yang dialaminya. Aku akan pulang untuk mengusap dahi dan mencium pipinya sebagaimana Mak sering melakukan ciuman itu kepada aku sehingga kini.

Aku sedih.. Malah takut akan kehilanganya. Marilah kita berdoa supaya Mak cepat sembuh dan dipermudahkan segalanya. Jasa Mak akan aku kenang. Akan aku kenang sehingga ke akhir hayat aku. Ya.. Aku cukup bertuah kerana mempunyai 2 ibu. Aku bersyukur Mama aku masih lagi sihat. Tidak punya daya untuk aku harungi pabila Mama kandung aku disituasi Mak.

Aku hanya berdoa dan terus berdoa..

Aku Dan Selipar ter..

Posted in Uncategorized on January 10, 2009 by thafiexq

Aku bersama dia. Mahu ke pasar malam membeli juadah makan malam. Code pakaian aku simple. Sekadar Tshirt dan Jeans.  Ramai orang. Berpeluh aku .

Sepanjang perjalanan aku di pasar aku rasa kurang selesa. Setiap langkah aku ambil bagaikan tersangkut batu di tapak selipar jepun kanan aku. Aku memandang ingin melihat apa yang tak kena dengan selipar jepun aku.

Ya Allah!!

Aku pakai selipar sebelah kanan lain sebelah kiri lain! Haha

Patutla aku rasa sempit dan ketat! rupanya aku terpakai selipar kakak aku. Haha Punyalah malu nak mampus.. Aku cover. Berdoa dengan harapan tak de sape yang perasan! Arghhh! Hopefully… hehe

Malu sampai kesudah! haha

Aku Dan Hujan

Posted in January 2009 on January 8, 2009 by thafiexq
Aku terperangkap di sisi jalan. Sejuk pulak ya. Aku bertshirt biru terang berseluar jeans lusuh. Melihat kereta lalu lalang di kiri kanan aku. Tiada punya risau akan tangisan alam bercucuran membasahi bandar Shah Alam pada petang yang sunyi ini. Semua penunggang motosikal hanya melihat motornya dibasuh hujan.. (hehe.. elok jugak.. moto aku kinda needed that! hehe).
Biasalah, pemandu kereta boleh bermegah kerana mereka tidak perlu nak basah. Melihat mangsa seperti aku lalu memberi senyuman sinis kepada aku. Ya, aku bersyukur di atas apa yang aku ada. Begitulah stereotype seorang pemandu kereta. Menganggap penunggag motosikal sebagai insan yang tak cukup sifat. boleh begitu?! haha
Semakin lebat pula hujan ini. Melihat mangsa senasib aku sedang termenung. Aku pula sedang “POSE” hensem. Aku baru potong rambut. Terasa ringan pula kepala aku. Pendek dan kemas. Sudah hampir 2 bulan aku tidak memotongnya. hehe
Hujan rahmat kot. Aku menanti. .. dan terus menanti..
“Bangau oh bangau.. kenapa panggil hujan.. (sambung ya nyanyian ini.. hehe)”

Aku Dan Moment

Posted in Uncategorized on January 8, 2009 by thafiexq

dscn6875

Bersama Kash di Pulau Mutiara. Kredit to Nano.

*Gambar sekadar Hiasan

“Aku berkesempatan capture moment itu. Jarang jarang datang mengunjung. Akan aku semadikan saat saat itu selamanya.”