Archive for February, 2009

Aku Dan PraMatang

Posted in February 2009 on February 25, 2009 by thafiexq

Fikiran aku bercelaru dan “ting tong” dengan cabaran yang menduga. Setiap  hari aku cuba untuk tanamkan isi positif dalam diri supaya sentiasa ceria. Beginikah gaya hidup seorang AWAN?

Sahabat aku bertanya, adakah hayat umur itu mencerminkan kematangan seseorang? Aku menjawab tidak.

Umur bukannya persoalan. Hanya membezakanya umur itu adalah pengalaman sahaja. Kalau pengalaman itu membina maka matanglah seseorang itu.

Ya, umur itu hanya sekadar digit meningkat.Takut tua? Mestilah kan.. hehe Aku begitu terkilan dengan sikap sahabat aku yang sanggup menjadi batu api dalam persahabatan. Menjadi dalang dalam segalanya.

Aku menunduk rasa hormat padanya kerana umurnya. Tapi kasihan.. Umurnya tidak padan dengan sikapnya. Aku harap dia berubah. Hentikan segala perbuatan yang keji itu kerana dia kini menjadi buah mulut perbualan.

Aku Dan Mak iii

Posted in February 2009 on February 18, 2009 by thafiexq

BACA (Aku Dan Mak i & 2)

Jam menunjukkan tepat 1230 pagi dan aku masih lagi membaca dan menghafal nota untuk menghadapi exam esok. Melihat kawan kawan tekun seperti aku. Tiba tiba aku mendapat panggilan telefon dari Fizi sepupu aku dari Sungai Petani.

“Ko dah tahu ke”, katanya dengan suara yang agak suram.

“Apenye?”.

“Mak dah tak de…..”

Hanya beberapa saat sahaja air mata aku membasahi nota menitis tanpa henti. Innalilah.

Aku lemah dan buntu. Perasaan dan fikiran aku celaru. Terkenang pada Mak dan pengorbananya terhadap aku. Aku menutup nota aku.. lalu bersendirian dan sedekahkan Al Fatihah dan Yasin kepadanya.

Ya Allah.. Moga Arwah ditempatkan dikalangan orang beriman..

:”(

Aku Dan Dia Kesakitan

Posted in February 2009 on February 14, 2009 by thafiexq

Sejak dua menjak ni aku melihat keadaan sahabat aku semakin hari semakin suram. Mood mudah bertukar menjadi agresif dengan dengan perkara remeh. Aku cuba untuk menjauhkan diri apabila dia moody moody ini. Dulu dia pernah memberitahu akan penyakitnya. Kalau ikutkan memang berbahaya beban yang dipikulnya tetapi dorongan dari keluarga dan sahabat baik membuatkan dia tabah dan cuba harungi hari hari dengan ubat ubatan.

Dia seorang wanita yang cukup tabah. Tidak dapat bayangkan if i were in her shoes.  Aku melihat sendiri bagaimana dia menahan kesakitan dengan senyuman. Aku berdoa supaya dia dipermudahkan segalanya dan cita citanya tercapai. InsyaAllah.

Tsara Adriana Dan Birthday ii

Posted in February 2009 on February 7, 2009 by thafiexq

tsara1

Aku mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Tsara Adriana yang ke 2 baru baru ini. Tidak sempat aku untuk menyambut bersama sama hari yang istimewa bersamanya. Tidak aku lupa sama sekali. Hanya sedikit dugaan dalam diri menghalang aku untuk bersamanya.

Setiap malam aku melihat gelagat Tsara Adriana di telefon bimbit .Teliti. Ada kalanya mengalir air mata merinduinya. Aku doakan supaya Tsara Adriana menjadi insan yang beriman. Sihat hendaknya .

“Happy Birthday!”