Aku Dan Fin… Selamat Tinggal

Yup.. Aku adalah seekor “black sheep” dalam keluarga.

Pernah dikata aku tidak bijak.

Pernah dikata aku menyusahkan keluarga.

Pernah dikata aku tidak menjaga hati semua.

Pernah dikata aku tidak sedar aku ni siapa.

Pernah dikata aku tidak menghormati orang tua.

Mereka tidak sedar aku dibesarkan dengan melihat ragam keluarga aku sendiri. Aku belajar dari pelbagai drama yang terjadi dan aku tidak ikut. Aku diam . Bila perasaan aku terguris dan emosi aku ditonjolkan dikata aku itu ini. Aku tetap senyap. Masih lagi mendengar amarah dari dia. Seperti aku ni masih lagi budak sekolah. Aku senyap . Dalam senyap aku tahu tidak lagi diperlukan lagi. Mengapa? Kerana mereka kata aku tak hargai. Kalau itulah yang dimaksudkan. Baik aku tinggalkan semua. Biarlah aku lenyap supaya mereka bahagia.

Semuanya salah aku.. Semuanya aku. Yang jahatnya aku.. Dulu orang di atas aku pernah buat sesuatu di luar kawalan pernah mereka pertikaikan? Yup. Itu lah yang dimaksudkan dengan “Black Sheep”. Aku lah kambing itu.

Katanya juga bila aku pandai pegang duit sendiri mereka kata aku lupa diri. Mereka tak tahu aku simpan duit untuk mereka umrah melancong . Itulah matlamat aku.. Itulah cita cita aku..  Tapi aku hancur.. Dikatanya, “pergilah ikut sesiapa sahaja yang dianggap penting”. Tetap senyap.

Aku mengambil keputusan untuk menutup BLOG aku selamanya. Mahu mulakan hidup baru. Tidak lagi aku mahu kongsi kepada sesiapa tentang hidup aku. Aku mahu solo. Aku mahu bersendirian.

Aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca yang sudi berhenti membaca entri aku sebagai perhentian. Kini perhentian itu terhenti selamanya.

Maaf aku ucapkan. Mohon berkat dari mereka.

Assalamualaikum..

12 Responses to “Aku Dan Fin… Selamat Tinggal”

  1. melati_liar Says:

    believe in urself. Susah kalau ada org bersikap pilih kasih. Lagi2 kalu keluarga sendiri. Kemudian melabel dengan hanya pada gambar2. Im proud of you. Be yourself. I will support u, insyaAllah.

  2. omg,,saya juga pernah berada d situasi yg sama dgn anda,,rasa itu sakit.

  3. I harap u bersabar saje. Hormatilah ibu/bapa kita. Apa yang mereka lakukan semuanya untuk kebaikan kita juga. Jika hati mereka suka semuanya mereka akan beri. Jika tidak hati mereka akan kecewa. Bercakaplah dengan nada suara yang lembut, pasti mereka seronok. Ibu/bapa sayang semua pada anak-anaknya tetapi anakanak belum tentu. Bukan wang yang mereka pinta tetapi kelembutan hati anak-anak diperlukan. Semuga anak-anak jagalah hati ibu/bapa mereka.

  4. melati_liar Says:

    rasanya geebeeblack ni xfaham situasi. Jadilah manusia atau ibubapa yang tidak piih kasih kpd anak2.mcmanalah anak2 nak blembut kalau ada istilah anak emas pd siblings yg lain.Kerja apapun halal jika niat kita krn allah. Ada cara tertentu nak avoid pkr haram..jgn pndg yg negatif saja.bila marah jgn ungkit benda2 lain dari subjek. Ni benda2 lampau nak ungkit.sekurang2nya toby xmmberontak´i guess. Hanya diam sahaja shggalah terjadi insiden yg mýbbkan dia xtahan.sorry to sayla…jgn hny tuding jari.diri sendiri pun kena muhasabah diri.kerjaya stwd ni mulia sbb beri servis kpd org lain.jgn pndg rendah.

  5. disebalik keburukan seseorang kepada kita jangan lupa kebaikan yang pernh dicurahkan. mesti berfikir dengan mendalam. timbanglah sebaiknya. hubungn keluarga ibarat air, dicincang takkan putus. gudlak anyway. may Allah always protect u and hope u’ll never forget our end destiny which is the hereafter :p

  6. melati_liar Says:

    Na, itu saya sokong. Cuma kita harap dipihak sebelah sana kena faham juga keadaan yang disebelah sini. Dua2 pihak kena terima seadanya kesilapan masing2. Zaman skrg tiada istilah ‘aku yg makan garam dulu’. Susah nak tgk dalam masyrkt melayu ni yg lebih tua nak say ‘sorry’ kpd yang muda. Apabila ada give and take barulah berjaya hubungan esp hubungan keluarga. Kena faham itu.

  7. Knapa tba2 ang membrontak.. X baik la… Slagi depa masih ada.. Ang hargai la… Ang tgk aku skang cam mana… Hdup pun x macam dlu… Aku dlu pn mcam ang jugak.. Tapi last2 aku sdih.. Rasa neysal pun ada… Tapi semua tu dah dtkdirkan dah… Ang brsabar la… Depa buat sesuatu mesti alasan depa sndiri…

  8. Semua ibu/bapa tidak pilih kasih pada anak-anaknya. Kebahgian mereka diharapkan untuk selamanya, percaya le. Tanggunggjawab mereka sampai bila-bila, tak kira masa kecil, belajar, kerja dll. Itulah semua harapan ibu/bapa. Cuma harapan mereka penghormatan anak kepada mereka sangat-sangat diharapkan. Tidak ada ibu/bapa mahu melihat anak-anaknya hidup menderita.Mereka akan memberi sepenuh kasih sayang yang tidak berbelahbagi.Dulu i pun tak terima konsep siapa makan garam dulu, tapi i terima dan memang benar apa yang orang tua-tua cakap.Yang muda mungkin tidak terima tapi percaya le perkara ini, kamu jug akan rasa, yang muda akan tua dan akan mati, pusingan hidup. Sudah saya katakan ibu/bapa bukan mahu wang dari anak-anak tapi yang mustahak kasih sayang dari mereka. Semua ibu/bapa begitu. Susah sangat ke kita nak hurmat mereka, bukan nak rugi. Bukan bila hurmat ,duit kita akan berkurangan. Tak bolih ke nak cakap lembut dan menyenangkan hati, jangan lihat sebelah orang tua sahaja. Percaya le cakap i ni. Pada yang muda kamu hati-hati le mengembara didunia yang penuh cabaran ini. Perkaara ni i tak cakappun semua orang tahu, tapi saja nak tulis untuk memperingati yang muda atau tua. I harap Tafiq akan membetul balik perkara ini dan berjumpa le dengan parent u dan memuhun maaf. Ibu/bapa u pasti memafkan u, percaya le. Jangan dibiarkan perkara ini berpanjangan.

  9. melati_liar Says:

    Dan kepada Geebeeblack, ibu bapa juga perlu hormat anak2. Jgn satu pihak jer. Minta maaf juga perlu kpd mereka. seingat saya tb xmarah parents dia. tp marah sikap ‘sis’ dia yang sarcastic. Time xda duit, time susah, si thafix nilah jd kambing itam. itu rasanya luahan si thafix dlm blog ni. bukan marah or tinggi suara pada parents dia. tp kpd sis dia.

  10. melati_liar Says:

    sis dia soh thafix hormat parents, tapi dulu dia lagi teruk. Lebih dr itu. so that she should mind herself first b4 sebut kat org lain. hahahahaha!

  11. wow! still discussing about this matter? every now and then everybody is pointed all the accusation to me which is im sick of it!!!

    Every single one of you are not understand the situation well. if the children wanted a piece of help just dunt making fun of it. did u know how embarasing i am just to pleed a simple help.

    i rather close my blog for good. i dont want any interuption from you guys no more!!!

Leave a comment