Archive for September, 2008

Moi et Amour (Aku Dan Cinta)

Posted in September 2008 on September 27, 2008 by thafiexq

“Mon ami a dit qu’I fou quand son venu pour l’amour.

Oui je suis.

Si tout va bien vous cinta pouvez être celui pour toujours”

Aku Dan Wan

Posted in September 2008 on September 26, 2008 by thafiexq

(Credit to Meero)

Aku pulang ke kampung halaman bersama sahabat baik. Kepulangan aku dinanti oleh kedua orang tua di rumah. Sanggup mengambil cuti katanya.

Disambut dengan aku mencium tangan mereka dan pipi sebagai tanda hormat dan sayangnya aku kepada mereka. The best parent that i could have.

Sudah sekian lama aku tidak pulang ke kampung halaman. Ya, tahun ini beraya di sini. Seperti tahun tahun yang lalu aku beraya di rumah nenek di Kota Setar, Kedah. Indah suasana kampung disana. Menghirup udara segar sejuk aman rasanya bebas dari kecelakan kota raya.

Rindu pula dengan telatah nenek yang masih lagi kuat tinggal bersama cucu cucunya. Bangun pagi bersawah mencari rezeki seorang diri tanpa bantuan datuk. Datuk sudah 5 tahun meninggalkan keluarga. Arwah memang pakar mengurut. Ingat lagi aku di urut datuk yang dipanggil wan mengurut buku lali aku. Menangis aku ketika aku. Marah benar wan kepada aku. Aku merajuk. Petang dia belikan aku air kelapa sambil memeluk.. “Sayang cucu wan..” Senyap.. Aku rindu padamu wan.

Aku harap raya tahun ini segala doa dan kesejahteraan kepada keluargaku akan dimakbulkan.

Aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada semua yang mengenali diri aku.

Mohom maaf dipinta sekiranya pernah aku menyinggung perasaan kalian.

Berayalah dengan riang ya. Hari hati memandu.

Ingat 3S!

SENYUM, SALAM DAN SABAR!

hehe

Tsara Adriana & Tidur

Posted in Tsara Adriana on September 26, 2008 by thafiexq

Selamat beradu Tsara Adriana

Aku Dan Handphone

Posted in September 2008 on September 26, 2008 by thafiexq

Aku dari dulu lagi kalau adanya handphone di jemari mesti ada ada aja masalahnya.

Aku mula membeli handphone ketika aku di tingkatan 3 jenama Kyocera buatan Jepun (Second hand). Seminggu gune masalah bateri.

Kemudian pakai hp Nokia 331o (Masalah pendengaran -Jatuh Jamban).

Kemudian pakai hp Nokia Butterfly *second hand (pakai sebulan hilang).

Kemudian pakai hp Sony Ericsson ( Kamera lensa masuk habuk).

Kemudian pakai hp Nokia Sabun ( Jadi lembap then memory card tak boleh read).

Kemudian pakai hp Motorola RAZR2 V8 ( Bateri cepat abis, Memory card tak boleh read)

Currently..

Motorola Zante PDA phone (Bateri cepay abis).

p/s pening pening…

Aku Dan Sombong

Posted in September 2008 on September 25, 2008 by thafiexq

Apa itu definasi sombong atau bahasa anak muda “kekwat”.

Menurut Kamus Online

Your results for ‘sombong’
spacer
TERMS English
spacer
sombong arrogant
spacer
sombong pride
spacer
sombong spoiled
spacer
sombong uppish
spacer
sombong uppity
spacer
sombong superior
spacer
sombong disdainful
spacer
sombong conceited
spacer
sombong puffed up
spacer
sombong swollen
spacer
sombong pompous
spacer
sombong big-head
spacer
sombong cocky
spacer
sombong air
spacer
sombong boastfull
spacer
sombong bumptious
spacer
sombong forward
spacer
sombong insufferable
spacer

Adakah aku ini sombong? Adakah aku memenuhi semua kriteria di atas? Kepada sahabat yang tersinggung.. Maaf dipinta.. Tidak bermaksud untuk aku menyepi. Aku masih di sini. Masih lagi seperti dulu.

Tsara Adriana Dan Pejam Celik

Posted in Tsara Adriana on September 23, 2008 by thafiexq

Ajakan Tsara Adriana bermain nyorok nyorok versi dia lah..

Mula mula Tsara pejam mata.. Mulut sekali pun sekali tutup.. Uncle and Mama nyorok tao

Then Tsara carik Uncle dan Mama keadaan mata tertutup.. yey!

(Walhal aku dan kakak tak kemana… depan dia je.. Tsara yang bikin macamlah kiteorang ni nyorok jauh2.. hehe)

Aku Dan Dahaga

Posted in September 2008 on September 23, 2008 by thafiexq

BACA [ PIALA SERI IMAN ]

Aku mendapat tugasan di Tropicana Golf & Country Resort shoot dari designer muda Malaysia untuk majalah di Korea dan Malaysia (Majalah dirahsiakan..hehe)

Photographer – Singer Rain

Seawal 6pagi semua model harus memulakan makeup dan dandanan rambut untuk mengambil shoot pagi. Aku tidur awal konon konon tak nak bagi ade mata lebam. Haha Di belakang konti aku terdapat hidangan McDonald dan cupcakes. Tidak tercabar lansung keimanan aku untuk merasa kerana perut masih kenyang dari sahur pagi tadi. Terdapat 6 model. Paling muda awek chinese 16 dan 19 tahun. Paling tua aku. Haha

Selesai sudah scene pagi, semua model di bawa masuk semula untuk shoot studio. Tidak gemar dengan keadaan dalam studio kerana aku bermain main dengan lampu spot light yang melampau.

Selesai sudah kesemua tugasan aku. Kami diberitahu supaya rehat di kafeteria untuk berehat. Di situ hanya aku dan seorang awek ini sahaja beragama Islam. Kami hanya menahan air liur melihat orang menjamu selera. Cobaan..

(Air…….. Tidak…).. hehe

p/s mind the makeup.. haha

Aku Dan Keinsafan

Posted in September 2008, Tsara Adriana on September 22, 2008 by thafiexq

Puasa tahun ini menguji keimanan aku ketika dek berpuasa. Berpuasa di musim panas benar benar membuatkan aku seperti ikan masin di jemuran. Kepala aku mudah diserang sakit membuatkan aku mudah turn off mood untuk bersosial.

Puasa? Puasa itu satu ujian. Tetapi ujian yang dilemparkan olehNya benar benar menginsafkan aku sehingga kini masih lagi bermain di fikiran tentang insiden yang berlaku.

Pada suatu hari,

Aku bertemankan sahabat untuk shoping di Shah Alam (Syurga Baju Raya). Selesai sudah, aku pergi membayar tiket parking di kaunter pembayaran. Menyorokkan baki wang di poket belakang tiba tiba tangan aku diusik. Aku berpaling. Kelihatan seorang budak perempuan linkungan umur 10 tahun berpakaian lusuh menadah tangan pinta agar sedikit wang diberikan mungkin sebagai rezeki untuk berbuka puasa.

Ketika itu bahang kepanasan sudah mencukupi membuat otak aku tidak stabil. Pening, loya dan peluh pakej yang lengkap cukup untuk aku tidak waras.

Entah bagaimana, aku hanya menjawab pada si kecil,

“Abang pun tak ada duit lah adik!”

Ya.. Katalah apa saja pun pada aku.. Manusia yang hina, keji.berdosa. Tergamak berkata kasar kepada kanak kanak yang masih mentah yang bernasib kurang senang seperti orang lain. Membuang perasan malu menadah tangan memohon simpati kepada masyarakat sekeliling.

Aku akui, aku tidak berfikir apa apa ketika kejadian itu berlaku sehinggalah aku bersama rakan bersahur pada minggu seterusnya apabila kami berborak tentang ujian ketika berpuasa.

Tiba tiba hati aku terdetik dengan kejadian yang berlaku. Hati aku sebak menahan air mata di kedai makan pada ketika itu sesak dengan anak muda. Aku terlalu insaf dengan apa yang berlaku. Pulang ke rumah aku menunaikan solat subuh dengan hati penuh dengan rasa bersalah kepada Allah swt dan kanak tersebut.

Aku sebagai umat Islam patut beringat dan berwaspada dengan apa yang berlaku walaupun ujian kepanasan dunia mengaburi mata untuk melakukan kebaikan pada ketika itu.

Ya Allah ampunilah aku.. Aku insaf.

————————————————————————————-

Kata Alfie:

“X, regret is common thing.. It will teach you how to learn from mistake that you made. As you were saying, you’re unconscious thing might happen. You sometime can blame yourself but still.. We’re human.. kan? Jadikan pengajaran”

Aku Dan Kecewa

Posted in September 2008 on September 21, 2008 by thafiexq

Ya..

Aku gagal..

Cukup sukar aku menerima hakikat setelah aku membaca utusan email dari organisasi ini menyatakan permohonan aku gagal. Setelah penantian hampir sebulan menanti jawapan.

Kesemua peringkat aku harungi tanpa masalah malah ketika interview aku diselubungi dengan keyakinan yang amat.

Mungkin aku terlalu confident.

Kini itu semua menjadi harapan. Harapan yang aku dambakan setelah sekian lama aku idamkan. Mungkin itu bukan perginya rezeki aku.

Aku kembali menjadi asal. Cuba dan terus mencuba.

 

AKU DAN HIBUR: UNTUK KAMU

Posted in September 2008 on September 20, 2008 by thafiexq

Moga aku ini menghiburkan kamu.
Tika tawa. Tika sendu.
Wujudnya kamu untuk mengisi kosongnya
bahagia dalam hidupku.

Aku cinta kamu.
Selalu.
Tanpa jemu.