Archive for October, 2008

Aku Dan MODE SENYAP

Posted in October 2008 on October 31, 2008 by thafiexq

Aku mahu menyendiri untuk seketika waktu.

[MODE SENYAP]

p/s selamat tinggal october!

Tsara Adriana Dan Topi

Posted in Tsara Adriana on October 27, 2008 by thafiexq

Tsara Adriana merasakan dia comel memakai topi.

Tsara Adriana suka mamam anggur.. hehe

Mulut dah penuh.. hehe

Aku Dan Marah III [Maaf]

Posted in October 2008 on October 27, 2008 by thafiexq

BACA [Aku Dan Marah II ]

Pernahkah anda tiba tiba meletop bagai sang singa mahu menerkam mangsa? Baru baru ini ya.. Bukan aku jadi singa. Aku tidak dapat mengawal perasaan aku sehingga aku mengamuk pada dia. Aku jadi ala Incredible Hulk mengamuk pada sahabat aku seorang ini.

Maaf aku pinta padanya kerana aku gagal mengawal perasaan aku. Kesal? YA.. Dalam masa yang sama aku merasakan perasaan lega itu keluar selepas kejadian yang tidak dirancang itu berlaku. Sekurangnya aku kesal di atas apa yang berlaku kepada aku dan dia.

Tidak pernah aku berperasaan sebegini.. Terlalu expressive. Bila otak sudah tidak dapat berfikir di atas normal segala menjadi dingin. Dia senyap sepanjang aku gila.

Maaf sekali lagi. Ada orang kata kemarahan ini datang dari darah muda. Ya, aku masih muda. Banyak lagi pengalaman yang  mencabar yang menanti dihadapan aku. Tapi aku tidak boleh ubah personaliti dan segala yang ada pada aku seperti orang lain. Itu semua mengambil masa, tambahan pula ini semua melibatkan kareer yang akan aku pikul dalam masa terdekat ini.Insyallah.

Aku bersyukur kerana masih ada lagi orang yang mampu memberi nasihat dan peringatan kepada aku. Aku akan ubah apa dirasakan tidak baik untuk orang lain.

Maaf seribu kali maaf.

p/s Happy Deepavali kepada my best friend PAVI

 

Aku Dan Tonsil II

Posted in October 2008 on October 24, 2008 by thafiexq

Bergegas aku dari Kota Lumpur bersama sahabat bertarung dengan kesesakan lalu lintas ke Darul Ehsan Medical Center (DEMC) Shah Alam . Mana tak nya JAM di waktu puncak manusia pulang dari pejabat. 2 jam kami terperangkap di dalam kenderaan sendiri.

Sepanjang perjalanan hati aku tidak tenang… Tidak terhenti doa aku supaya permudahkan segala dugaan dan cabaran kakak aku bertarung dengan kesakitan. Walaupun operation minor tapi siapa mahu kene operation. You tell me who.

Dari pengalaman aku, cukup sekali aku telan pengalaman sebegini rupa. Aku menefon abah menanya keadaan kakak. Dia cakap kakak dah selamat membuang tonsil dan kini sedang diulik mimpi di Recovery room.

Alhamdulillah..

Aku menaiki tangga tidak mahu menunggu lif kerana lambat. Gigih betul! haha

Sampai je aku di bilik recovery.. Kena buka kasut ok! Kena pakai selipar. Pelik betol.

Selipar jamban je.. hehe

Boot pun ada k.. Apa pilihan anda.. hehe

Nombor katil.

Apa alatan yang menjadi peneman kakak ku ini..

I dont know what the hell is this..

Entah la… Apa ini benda…

Next couple of days… Kakak akan meratah ais krim je.. and bubur.. hehe

Aiskrim.. BR. Slurp..

Bubur hospital..

Sup hospital ..hehe

Apa yang penting.. tibanya aku di katil kakak sudah pun berupaya untuk bangun dan menjamah sedikit makanan. Sekurang kurangnya dia kuat..

Yang penting we need to look good at all time.. no matter where we are.. hehe itu konsep yang harus dipegang..

Syukur pada Allah kerana memberi kekuatan padanya semoga proses pemulihan akan berjalan dengan lancar. Terima kasih di atas doa kalian. TQ!

Thanks to Syamz di atas pemberian bunga ini kepada kakak. TQ for everything!

Aku Dan Tonsil

Posted in October 2008 on October 24, 2008 by thafiexq

Hari ini,kakak aku akan ditempatkan di Darul Ehsan Medical Center (DEMC) Shah Alamsekitar pukul 3 petang untuk menjalani pembedahan pembuangan Tonsil. Walaupun pembedahan itu boleh dikatakan sebagai minor tapi kita tidak boleh ambil mudah. Macam aku, sekitar tahun 2004 aku pernah ke Hospital Bukit Mertajam untuk menjalani pembedahan yang sama seperti kakak aku.Tetapi, atas kelalaian doktor kat hospital itu aku harus melakukan pembedahan itu untuk kali kedua 3 hari selepeas pembedahan. Bodoh tol.

Prosedur pembedahan pembuangan tonsil ni lain skit, mereka tak jahit just bakar sahaja selepas buang tonsil tu. Teringat kembali detik doktor kejut aku habis sudah pembedahan itu dijalankan.

“Encik Taufiq, pembedahan sudah berjaya, theres nothing to worry about. Kami akan bawa adik ke bilik wad ya..”

Dalam hati aku…“Napalah ko kejutkan aku!!!!!!! sakitla!!!!!! biarje aku tidoooooo!!!” hehehe

Atas katil aku kene tidur mengiring. Habis bantal aku jadi peta bercampur darah. Sakitlah juga tapi wat to do. Petang itu aku dikerah minum milo ais supaya otot tekak aku exercise menelan something. Kang tak fasal fasal aku tak leh telan makanan.. haha

Jadi rutin aku makan aiskrim for the next couple of weeks.

3 hari selepas pembedahan, doktor explain yang tekak aku ada lagi darah yang masih belum beku. Salah sapa? Salah kau la kan. Bakar tak abis!!!!!! Kadar darah dalam badan aku kurang, high blood presure dan no wonder la muka aku pucat dan letih tak kesudah.

Selepas itu aku terus ke Hospital Besar Pulau Pinang menaiki ambulan. Vroooooommmm cepat gile. Sampai sampai tak sempat nak panaskan bontot terus masuk bilik pembedahan OK. Aduh.. kene operate lagi..

Dah abis.. Aku dikejutkan sekali lagi oleh doktor kat situ. Alih alih ada paip dalam hidung kiri. So uncomfortable! nak telan dah la sakit.. Just imagine nak bernafas. Hari aku di situ untuk proses recovery.

Alhamdulillah.. segalanya berjalan lancar selepas itu. Aku akui memang agak sukar untuk menelan walaupun hanya air. Perit.. Ya.. Aku tidak sanggup melihat keadaan kakak aku sebentar lagi. Mahu sahaja aku rasa keperitan yang di alami.

Semalam aku membuat solat hajat dan sedikit solat sunat berdoa supaya segalanya berjalan lancar.

Kepada blooger dan pembaca blog TokyoBLUE.. Berdoa ya untuk kakak aku supaya selamat segalanya. I really appreciate it.

Aku Dan Wishlist 1

Posted in October 2008 on October 23, 2008 by thafiexq

Bila aku memblogging blog rakan rakan, selalu sangat aku terbaca wishlist mereka. Yang bestnya wishlist mereka semuanya wish wish yang hebat hebat. Bagusla kan kalau ada cita cita camtu. If you work hard for it u can get it.Terdetik pula apalah wishlist aku. hehe

Aku ini jenis yang suka membeli apa yang ada di hadapan mata.Tanpa dirancang dan diduga. Nampak cantik dan menawam tros pancing.

Wishlist aku yang pertama!

huhu

SONY PSP

proses pengumpulan wang bermula.

Tsara Adriana & Cousin

Posted in Tsara Adriana on October 22, 2008 by thafiexq

Di hari Raya Tsara bertemu dengan sepupu jauh sebelah abah di kampung. Seronok melihat telatah mereka bermain. Tsara Tsara.. Whats up with the hair gurlllll… hehe

Aku Dan Komuter

Posted in October 2008 on October 22, 2008 by thafiexq

Bila kita menggunakan public transportation jangan beranganlah kalau nak berlagak macam bawa kenderaan sendiri. Kita kena berebut sesama manusia untuk masuk dalam macam ayam nak masuk reban. Time tu lah manusia tak jadi manusia. Berebut rebut sehingga lupa mana konsep “Sila Beratur” dan “Sila Beri Laluan Pada Penumpang Keluar”. Bull shit all that!

Aku boleh dikatakan pengguna public transportation yang setia. hehe dah lali dengan sikap manusia yang bukan jadi manusia bila jadi pengguna public transportation. Accept for me! hahah

Aku selalu terkena bila aku dapat duduk, jiran aku pendatang asing. Ok fine. Lepas tu, yang bestnya bau badan diowak macam %*$#”!!!!!!  Garu telinga pastu bau. EEEEE KEjiiiii!! NAk termuntah aku! Boleh Longlai OK! Bukan setakat tu sahaja, bila cakap telefon bimbit macam dunia ni dia punya. Malu aku semua orang pandang pandang. Jatuh saham.

Kalau rasa boring.. Mereka akan pasangkan hiburan ok! Pasang lagu hindustan yang HITS dari INDIA. Lagu yang TOP TOP belaka! Pasang volume penuh. Satu Komuter dapat dengar lagu Hits!

Terasa nak joget plak aku time tu. Kepala otak aku di BRAIN WASHED dengan lagu lagu ini, sehingga bila dah sampai destinasi aku leh nyanyi nyanyi ” DIL TU PAGAL HEY”.. hahaha Kawan aku cakap aku ini gila.

As a conclusion, tolong mandi berus badan bagi bersih dan wangi, korek telinga, pakai deodorant, sembur perfium, pakai proper skit. Kalau nak hiburan, bawak sendiri earphone dengar sorang sorang lagu HITS yang korang minat.

Terima Kasih

Aku Dan Perasaan 3

Posted in October 2008 on October 21, 2008 by thafiexq

No matter what you in life…

RESTU

is the most important thing.

“Aku harap mereka memberi RESTU pada aku. Aku harap mereka faham dengan cita cita yang sedang ku kejar ini.. Sedikit simpati ku pinta dan sedikit doa aku merayu semoga apa yang aku idamkan mendapat RESTU.”

Tsara Adriana Dan Cermin Mata

Posted in Tsara Adriana on October 21, 2008 by thafiexq