Archive for April, 2009

Aku Dan Rehat

Posted in April 2009 on April 28, 2009 by thafiexq

Aku mendapat panggilan dari sahabat, ketika itu aku berada di Pulau Mutiara di bilik hotel sambil berenam di dalam bathtub. Katanya mengapa blog aku makin hari makin bersawang. Terkebil kebil aku dibuatnya. Tiada masa untuk aku mengupdate segala pengalaman aku sejak dua menjak ini. Mungkin aku masih lagi perlukan masa untuk mengesuaikan diri dengan keadaan baru. Maaf seribu kali maaf.

Bila masa terluang sahaja aku menggunakan masa itu dengan tidur. Kadangkala aku terlupa bilanya siang dan malam. Penat. Ya.. Birthday aku akan tiba. Apalah kejutan yang akan aku terima.

 

Aku Dan Adab Selamat Tinggal

Posted in April 2009 on April 11, 2009 by thafiexq

Lidah aku tidak dapat mengeluarkan sebarang kata. Tindakan aku tidak dapat melakukan apa apa hanya sekadar melihat ragam mereka yang mungkin lupa apa itu adab. Aku akui, remaja sekarang cukup berani melontarkan isi hati mereka, sehingga mereka lupa mereka di nilai oleh masyakarat. Suka sangat memperbesarkan isu kecil sehingga ia menjadi isu yang serius.

Aku hanya menjadi side neutral.

Aku ingin mengucapkan selamat tinggal kepada sahabat rapat dengan aku yang sudi berkongsi suka duka bersama. Selepas ini mungkin masa yang menentukan takdir pertemuan sekali lagi. Akhir kata dari aku, “Selamat jalan.. Dan selamat bermain dengan awan.”

i

Aku Dan Perasaan xii

Posted in April 2009 on April 5, 2009 by thafiexq

Tatkala aku merenung di awan biru.. Perasaan shahdu menyelubungi perasaan. Beribu batu jauh di perantauan terkenang pula pada orang tersayang. Dari situlah aku mula sedar betapa pentingnya orang yang kita cintai kabur dari pandangan mata.