Sekolah

Aku keluar bersama sahabat baik yang baru sahaja berpindah ke Damansara Mutiara. Kami kenal sejak di bangku sekolah menengah lagi. Aku berpendidikan awal di di Sekolah Rendah Kebangsaan Stowell Bukit Mertajam. Sekolah ini hanya recruit budak lelaki sahaja. Bahasa pengantar sekolah itu adalah Bahasa Inggeris. Ingat lagi hari pertama aku masuk kelas darjah 1 J (Kelas pertama). Cikgu speaking speaking kat depan aku sepatah haram pun tak paham. Terpinga pinga aku dibuatnya. Mana taknya cikgu itu dari England, Miss Trisya.So bahasa dia berbelit belit. haha

Teringat lagi ketika itu aku mahu ke bilik air. Aku pergi ke hadapan untuk meminta kebenaran dari cikgu.

“Cikgu, i want to kencing, haha

Tergelak besar cikgu. haha

Sekolah Menengah aku ditempatkan di High School Bukit Mertajam. Dalam Bahasa Melayu dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam. Kenapa Tinggi?  Dalam Bahasa Mandarin dikenali sebagai DanShanJiao YingWen ZhongXue yang bermaksud”Bukit Mertajam English Secondary School”.Bersebelahan dengan sekolah rendah aku. .Senang cakap Perdana Menteri kita Abdullah Ahmad Badawi berpendidikan di situ. Sekarang ini sekolah itu sudah menjadi salah satu sekolah bestari di Pulau Pinang. Kalau anda hendak melihat adik adik yang berumur 13 tahun menduduki peperiksaan PMR di situ lah tempatnya. Banyak sejarah yang menarik tentang sekolah ini. Dulu masa batch aku, musuh ketat kiteorang adalah Penang Free School, Convent Bukit Mertajam dan  St. Xavier’s Institution. haha

Edgar De La Mothe Stowell (Founder HSBM dan STOWELL)

Macam macam pengalaman yang aku tempuhi. Ketika itu aku bukanlah pelajar yang cemerlang gemilang terbilang.. aku just student yang ada ups and down.. hehe

Lain kali aku bercerita lagi tentang aku menjadi pelajar nakal di sekolah.

credit to wikipedia/nmhighschool

2 Responses to “Sekolah”

  1. Hmm.. kaktiny Sekolah Dato’ Onn Butterworth.. hehehe – saje nak bagitau.. hihihihi

  2. saya sekolah sini dulu.tapi masa tu belum tukar ke sekolah menengah kebangsaan tinggi.masa saya mashi lagi sekolah tinggi bukit mertaja@high school bm.penang free mmg musuh tradisi dgn hsbm.kalau convent plk musuh bg golongan awek2.zaman saya pakai lencana kain yg ada tulis nombor badan student.

Leave a comment