Archive for September, 2009

Aku Dan Cerita i

Posted in September 2009 on September 28, 2009 by thafiexq

Sudah lama aku tak menjenguk blog aku nie.. Aku gila gila busy. Busy dengan life.. dengan keje.. Sampai satu tahap tu jiwa aku tidak terurus.

i (Berat Badan)

Pagi ni aku bangun . Seperti biasa aku akan timbang berat badan aku. The last time aku timbang berat aku pada bulan puasa. Aku main gamble je, pasti naik punyalah.. Alih alih berat aku jadi 61.5 kg dari 63.5kg.

Banyaknye penurunan berat badan aku.. Aku ada jugak terasa perbezaan. Tapi aku rasa its unhealthy. Aku cepat letih segalanya. Aku check balik grooming card aku. Minimum ideal weight for me is 61-65kg. . Should i gain back some kg? 

ii ( Cite Raya)

Aku patutnya dapat bercuti raya selama 4 hari. Tapi alih2 aku dipaksa keje. Tak kisahlah kalau nak letakkan aku di dalam sekitar Malaysia. Tahniah Tokyo Blue.. Ada beraya di Dakar! Aku jadi orang minyak sekejap.. hehe i enjoyed it.. Aku Sampai KL di pagi raya .

Dengan keadaan aku yang letih dan mengantuk.. Aku kuatkan diri untuk pulang ke kampung di Utara. Semangat aku hanya datang dari kedua orang tuaku yang mengharapkan sangat anak tunggal lelaki manjanya pulang beraya. Ada satu ketika tu, aku terlena semasa aku drive. MasyaAllah… Nasib baiklah tak ada kereta. Aku berenti di kawasan RnR dan tidur sebentar… Please.. Aku merayu kepada semua.. If u driving.. and u feel tired or anything.. Please take some rest..

iii (Raya ii)

Sayu pabila aku beraya di rumah arwah Mak. Tak sama pula hari hari raya dulu dengan sekarang. Tak sempat aku untuk ziarah pusara Mak .. tak sempat pula aku untuk beraya bersama nenek…..

Tsara Adriana Dan Penguin Raya

Posted in Tsara Adriana on September 3, 2009 by thafiexq

tsara

“Mama!  Tsara nak mata!”

Aku, ” Huh?

Teriak dia. Owh.. Rupanya dia nak pakai cermin mata hitam. Nak act celebrity skit.. hehe

Mama dia pun belikan dia cermin mata hitam besar ala Paris-Hilton.. Terus dia jatuh cinta pada Penguin Kuning itu. haha

Masa tu aku, kakak aku dan Tsara pergi sunway Pyramid nak carik baju raya. Ini tahun pertama aku belikan baju raya pada kedua orang tuaku. Sudah terasa tanggungjawab aku untuk aku membalas jasa mereka. Tidak lokek aku memilih baju dan kain yang terbaik untuk mereka. Terasa bahagia sangat dan tidak sabar aku untuk melihat reaksi mereka nanti. Tunggu kepulangan aku ya Mama dan Abah.

tsara1

Baju raya Tsara! yeyey!