Archive for May, 2008

Hari Ketiga

Posted in Praktikal 08 on May 30, 2008 by thafiexq

Sudah hari ketiga. Aku bangun pukul 330pagi. Membuat persediaan untuk interview esok. Rakanku Alice memberitahu kemungkinan interview esok berbentuk penulisan atau oral. Arghh! aku tidak kisah semua itu. Sama sahaja bukan! Pening dan sakit kepala aku dibuatnya. Nak baca apa lagi ni. Aku surf tentang kaji cuaca lah.. tentang enjin pesawat lah, achievement lah.. etc. Si dia msg aku mengadu sakit perut. mungkin tersilap makan kot. kecian..

Aku tiba agak lewat. Separuh jalan perjalanan aku ke konti aku terlupa membawa wallet! gila! sudahla setiap hari polis membuat road block di sekitar …. (mana boleh beritahu.. hehe) . Bersabar je la.. Aku pusing balik..

Setibanya aku di gerai makan rutin, teman sepraktikal aku menanya mengapa lewat. Aku enggan menjawab kerana angin kemarahan masih belum reda. Kemudian aku ternaik suara terhadapnya. Lalu dia berubah muka lalu meninggalkan aku bersama lagi seorang perjuang praktikal. Maaf.. aku tidak bermaksud untuk menaikkan suara kepada kamu.. Aku harap awak faham.

Hari ketiga, kami sudah memberi pendedahan bagaimana hendak membuat pembelian buku dari vendor. Pembelian terbahagi kepada 2. Pertama bahan on Approval dan kedua bahan Fresh order. Haa.. nak terang tapi malas.. hehe kalau nak tahu juga saya akan explain ok.

Kami ditempatkan di bilik makmal praktikal . Sejuk hingga biru kuku kami bertiga. Kami membuat pembelian buku melalui listing yang telah disediakan oleh pegawai.

Pinggang aku sakit gara gara tidak menyandar pada tempat duduk. Mana taknya, kerja sebegini bukan sebarangan. Tersilap satu maka pembelian itu batal serta merta.

Aku suka kerja sebegini. Walaupun banyak kerja membuatkan masa cepat sangat berlalu..

Pulang ke rumah agak lewat kerana hujan lewat.

p/s gentar akan interview esok…

Hari Pertama

Posted in Praktikal 08 on May 29, 2008 by thafiexq

hari pertama aku menjejak kaki ke lantai perpustakaan itu, hatiku berdebar debar memikir apakah cabaran dan dugaan yang akan aku hadapi. aku berkemeja coklat gelap dan bergalaskan beg Universiti aku. Cukup skema.. tapi bergayalah. Bertolak jam 645 pagi dari teratak mengambil masa 35-40min untuk sampai ke destinasi. Aku menunggu 2 orang gadis yang menjadi pasangan praktikal aku. Haha di apit gadis! muahaha nakal.

Kami bertiga memulakan hari pertama dengan makan pagi di gerai bawah perpustakaan. Aku masih tidak kenal dengan staff staff di situ. Mereka memandang kami macam nk makan je. Aku mengambil 3 biji karipap dan nescafe panas. aku kene minum caffeine setiap pagi untuk memberi tenaga. wal hal dah tahap ketagih. haha

Setelah selesai sarapan kami mula bergerak menuju masuk ke dalam perpustakaan. Di kauter masuk

“Assalamualaikum kak, kami bertiga pelajar praktikal dari .. kami ingin berjumpa dengan chief librarian”, tanya persoalan aku kepada staff di kaunter pertanyaan dengan sedikit malu malu.. haha

Kemudianya, kami di bawa terus ke pejabat admin dan menunggu staff yang bertugas. Beberapa minit kemudian datanglah wanita berbadan gempal yang comel, manis senyumanya memberi salam ucapan selamat datang ke perpustakaan. Dialah pegawai yang menguruskan bahagian praktikal. Kami di bawa ke bilik perbincangan untuk melihat video korporat dan mendengar sedikit taklimat. Kami tidak berkesempatan untuk berjumpa dengan chief librarian kerana beliau bercuti.

Selepas itu, kami dijemput untuk makan pagi dalam lingkungan jam 1030pagi. Kami dihidangkan Longtong dan honeydew asam boi.. Arghh Sedap! Perut pun sudah buncit, kami diberi perluang untuk membuat tour seluruh library dan berkenalan dengan semua pegawai yang bertugas di setiap jabatan. Mereka menyambut kami dengan senyuman dan memberi layanan cukup mesra sekali. Tak rugi aku memilih perpustakaan ini. Owh! lupa pula, kami sering tersesat dalam perpustakaan ini. Mana taknya, besar sungguh . Pening dan malu di buatnya.. haha

Tepat jam 5 kami dibenarkan pulang. Sebelum pulang, Si dia sms aku menyuruh aku jangan pulang lagi. Katanya dia hendak memberi sesuatu. Apakah sesuatu itu? Berdebar dan tertunggu perasaan aku.

“Nah..”

“Apa ni”

Sebuah kotak di dalam plastik merah.

“Kek!!”

Terharunya aku.. thank you..

 

Hari Kedua

Posted in Praktikal 08 on May 29, 2008 by thafiexq

Hari Kedua.. Kami di pos ke jabatan pertama untuk praktikal, iaitu jabatan perolehan (Acquisition Department). For ur information jabatan ini adalah jantung kepada setiap library yang wujud di muka bumi ini. Ini kerana jabatan ini bertanggungjawab untuk menerima buku masuk ke dalam library dan membuat seribu satu proses sebelum menjadi tatapan pelajar.

Ramai orang di luar beranggapan tugas pustakawan adalah mengecop buku, duduk kaunter di depan dan buka resit denda.. TIDAK sama sekali! TOLONG buang STIGMA sebegitu. Mengapa librian di luar negara tinggi darjatnya dan disamatarafkan dengan professional seperti arkitek dan doktor! Ini kerana mereka mencintai ilmu dan mereka adalah information literate society! Bukan macam kita, sudahla mengata macam macam tentang librarian Malaysia mereka bagai tidak menghargai lansung. Cuba kenang kembali bila kali terakhir anda ke perpustakaan? Kelmarin? Minggu lepas? Bulan lepas? Tahun lepas? tak pernah? Tepuk dada tanya selera. Malu..

Berbalik pada saat saat aku masuk ke dalam jabatan itu. Terkejut aku melihat staff staff ke hulur ke hilir membawa kertas, buku dan fail. Apa yang mereka buat ni? Tertanya.. Kecoh suasana di dalam jabatan itu dengan vendor vendor dari luar menghantar buku, quotations, catalog dan sebagainya.. Keliru seketika..

Kami diberi taklimat ringkas selama satu jam oleh ketua jabatan. Dari situ kami mula memahami mengapa staff staff itu kesana kesini.. Ketua jabatan membawa kami ke bilik ketua yang bertanggungjawab untuk meng order buku.

Cukup rumit dan pening kepala aku di buatnya. Maklumla, bila mendapat pengikhtirafan dari ISO kerja kerja semua kene ikut peraturan dan step by step.. Kene ada bukti itu ini.

Kami diberi tunjuk ajar cara menggunakan sistem mereka dan memulakan latihan seharian…

rindu mama

Posted in May 2008 on May 28, 2008 by thafiexq

mama,

Aku baring keletihan. Sambil melayan emosi sentimental, terdengar puteri keluarga menjerit jerit keriangan di ruang tamu ragam si kecil di layan dengan riang oleh ibu bapanya. Lubuk hatiku terfikir, beginikah layanan yang indah diberikan oleh ibu bapaku ketika aku kecil? Alangkah untungnya aku..

Teringat dulu , mama tersengih di muka pintu terlupa akan kepenatanya bekerja sebaik sahaja ternampak wajahku yang comot.

“Boy.. main apa sampai tangan hitam ni”

Mama ketawa dan mengalihkan tanganya yang sejuk lantas memeluk erat badanku. Senyap aku menyimpan suara..

Ketika aku dibuai layanan perasaan mama telefon aku..

“Boy tengah baring ke”

“Ha ah..”, jawapan kepenatan..

“Mama, macam mana mama tahu boy ada interview esk?..

“Mama tengok kat interntet… tiap tiap hari mama baca cerita boy melalui internet..” mama terus menangis tidak menahan kerinduan pada aku..

“mama… jangan ngangis.. boy rindu kat mama.. tiap tiap hari boi tringat kat mama”..Masing masing mengalirkan air mata

“tak lah.. mama tak nangis.. boy bawak motor tu elok elok tau”..

p/s Senyap… Aku mahu balik rumah..

praktikal , interview II , peperiksaan

Posted in May 2008 on May 27, 2008 by thafiexq

Hari kedua praktikal , pelbagai tasks diberi supervisor membuatkan aku rasa resah pabila mereka cuba menguji aku dari pelbagai sudut. Ada baiknya mereka membuat begitu.Mungkin mereka ingin menilai individual tersebut untuk melihat bagaimana teori dari Universiti membantu dalam praktikal. Tak habis di situ, aku perlu membuat persediaan untuk Bahagian kedua Interview sebagai cabin crew pada 29 May ini selepas aku sudah berjaya melepasi azab Bahagian pertama di Kuala Lumpur beberapa bulan yang lalu. Alhamdulillah.. Mungkin aku akan mengambil cuti separuh hari untuk pergi interview ini dan pada petangnya aku akan sambung praktikal. “Everything you need to plan and book your journey”.

Pada 11 Jun pula, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia menjemput aku menghadiri peperiksaan memasuki perkhidmatan penerbitaan rancangan Gred xxx. hehe Aduh.. apalah yang perlu dijawab nanti. “Berkhidmat untuk Negara”.

Wish me all the best. Doakan aku yang terbaik untuk praktikal, interview II dan peperiksaan.

cinta

Posted in bincang on May 25, 2008 by thafiexq

Cinta itu boleh membuat orang menjadi gila.
Cinta itu membutakan segalanya.
Cinta itu memerlukan pengorbanan.
Cinta itu anugerah dari Tuhan.
Cinta itu sabar.
Cinta itu murah hati.
Cinta itu tidak cemburu.
Cinta itu tidak sombong.
Cinta itu ada mahunya.
Cinta itu perasaan yang timbul dari dalam hati kecil yang paling dalam.
Cinta itu kejam.
Cinta itu sangat romantis.
Cinta itu indah sebagai kenangan.
Cinta itu pasrah.
Cinta itu dusta.
Cinta itu menyesatkan.
Cinta itu ada timbal baliknya.
Cinta itu tak mengenal waktu.
Cinta itu tak mengenal kaya ataupun miskin.
Cinta itu dikenal sejak lahir.
Cinta itu takdir.
Cinta itu tak boleh dipaksa.
Cinta itu tak boleh dibeli.
Cinta itu perasaan.
Cinta tak mengenal perbezaan.

Cinta itu membuat kita diam sampai tak boleh berkata apa apa hanya tangis air mata yang turun dari hati.

Cinta itu bagaikan sebuah pesawat, disaat terbang kita senang namun disaat mendarat hati kita bagaikan tersiyat seperti ikan yang dipotong.

Cinta itu adalah bunga hati yang diberikan oleh allah.
memberikan kita cinta dan semua ini hanyalah untuk menguji mental seseorang untuk menghadapi apa yang akan terjadi ?

Cinta adalah kekuatan yang tak akan pernah ditundukkan, kalau kita berusaha mengendalikannya, cinta akan menghancurkan kita, kalau kita berusaha mengurungnya cinta akan memperbudakan kita, kalau kita cuba memahaminya, cinta akan meninggalkan kita dalam kebingungan.

Cinta adalah penyakit yang tak seorang pun ingin bebas darinya. Mereka yang terkena tak ingin sembuh, dan mereka yang menderita tak ingin diubati.

Namun itulah yang dinamakan cinta
Siapakah cinta kita sebenarnya?
Siapakah yang layak mendapat cinta kita?
Hanya Tuhan yang tahu, kerana dialah yang satukan kita, biarlah itu menjadi rahsia, biarlah itu menjadi keinginan kita
Kita menginginkan namun hanya Tuhan yang merestui begitulah cintaku

p/s Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku buat…. Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya… Tapi, andai pengorbanan itu tak dihargai… Perlukah aku berkorban lagi?

Praktikal

Posted in May 2008 on May 25, 2008 by thafiexq

Esok bermula lah hari aku menjalani praktikal di salah sebuah universiti awam di Kuala Lumpur. Mulai esok juga akan aku bangun seawal 530 pagi untuk bersiap dan menghantar kakak kesayangan aku ke konti pada jam 615pagi. Selepas itu aku terus ke menuju ke destinasi untuk menjalani subjek wajib untuk course aku.

Agak jauh bagiku untuk pergi menjalani praktikal tersebut, tetapi aku terima semua itu dengan hati yang terbuka.Ia akan mengambil masa hampir 35 minit. Ok kan.. Kereta ku masih lagi terbengkalai di parking kereta apartment gara gara tidak membayar saman parking di kota bharu baru baru ini. haha jadi road tax tak boleh renew. Adus.. Jadi, aku menjadi mat rempitlah wat sementara waktu.. haha

Ala korporatlah aku jawabnya mulai esok. hehe Doakan aku menjalani dugaan dan cabaran sepanjang 2 bulan praktikal yea!

p/s stacy menang!? oklah tu muahahaha

the garden

Posted in makan on May 24, 2008 by thafiexq

Kereta di pandu laju oleh abang ipar aku menuju ke restorant kegemaran keluarga di tanjung malim. Jauh? ya tetapi berbaloi. Aku senyap di tempat duduk di belakang sambil melayan sms masuk keluar sambil melayan fikiran sendiri. Puteri keluarga merengek itu ini tak kena, mungkin tidak selesa dengan perjalanan yang agak jauh dari shah alam ke tanjung malim serta dihimpit sempit dengan 5 orang dalam satu kereta. muahaha. Mama senyap dan memandang kehadapan sambil memasang telinga mendengar leteran si suami bercakaran bab politik dengan aku dan abang ipar. haha

Sambil sambil melihat permandangan indah di proton city, hatiku terdetik berangan. Apakah perasaan tinggal jauh dari shah alam. Bagaimana aku hendak mengawal perasaan dek rindu pada orang yang ku sayangi? Tidaakkkkk sangguuppp! Cukup dengan angan angan itu!

Restoran yang dituju sudah kami jejak masuk. Dengan berkonsepkan suasana yang antik dan berhawa dingin menyejukkan lagi suasana. Malah perut sudah tidak sabar hendak menjamah makanan di situ.

Selamat datang ke Restoran The Garden!

“Pintu masuk”

“Specialties of the week”

“Jam antik menjadi penghias dinding”

“Basikal burok pun ada.. Wah! klasik betul bagasi!”

“frame gambar yang menarik”

Dalam entri akan datang aku akan memberitahu makanan yang menjadi satapan. Tunggu… hehe

tunang

Posted in May 2008 on May 23, 2008 by thafiexq

Tahniah di ucapkan kepada Veronica dan Jason di atas ikatan pertunangan mereka last week. Detik pertemuan mereka di Kolej swasta hampir setahun lalu membuka ruang kepada mereka untuk bercinta dan bertunang di usia yang muda 23! arghhh!! Bagai belangkas.. Dulu aku pernah berbisik kepada sahabat .

“What an annoying couple!”

haha.. maaf vero.. Aku tak nak masuk campur akan hubungan mereka tapi aku ada mencelah perbualan ketika gathering bersama, sambil kepalaku tergeleng-geleng.

“is it too early for u getting enggaged?” tanyaku dengan nada ingin tahu.

“No lah! We’re ready.. beside, I love her…”

Wah… Cukup tersentak..Dengan jawapanya itu, aku tidak sanggup memandang wajah couple itu. Aku berpaling ke arah telefon bimbit sambil menahan air mata. Dimana cinta sejatiku berada? Aku doakan hubungan mereka berkekalan.. muahaha

Sebelum berangkat pulang, Vero sempat berjenaka dengan aku.

“Dunt U dare exploit our story through ur blog! haha”

“exploit! I can do better than that!”haha

“Fxxx u! haha”

Sesuci Sufi

Posted in bincang on May 22, 2008 by thafiexq

Entri ini dipetik dari Bluehikari..

Sedih pabila aku melihat keadaan baby Sufi bertarung dengan kesakitan yang dialaminya di usia cukup muda. baby Sufi sememangnya tabah.. Sebak dan terkilan melihat wayar wayar mengelilingi baby Sufi. Marilah kita membantu keluarga baby Sufi dengan menghulurkan bantuan dan doa supaya baby Sufi dapat menikmati hidup seperti kanak kanak yang lain.

Kredit sepenuhnya diberikan kepada Bluehikari.

“Bantulah Sufi biaya pembedahan dan rawatan jantungnya. Untuk detail, sila klik di sini. Boleh juga membantu dengan war-warkan di blog dan emel kalian melalui banner yang disumbangkan oleh nettbiru di http://bluehikari.com/images/sufi.jpg