Archive for March, 2009

Aku Dan Sengsara

Posted in March 2009 on March 29, 2009 by thafiexq

Aku mengikat perut untuk hidup. Mengharapkan simpati sebelum nafas sesak aku kembali stabil. Diharapkan keluarga aku faham dengan keadaan aku di sini.  Cukup sengsara..

Aku Dan Kesetiaan

Posted in March 2009 on March 29, 2009 by thafiexq

“Aku masih di sini untuk setia”

Aku Dan Kesungguhan

Posted in March 2009 on March 11, 2009 by thafiexq

0203200919411

Tatkala aku merenung aku berfikir apakah nasib aku mendatang. Melihat 2 orang sahabat aku yang gagal dalam perjuangan mereka benar membuka mata aku. Hilang riang tawa mereka. Sunyi membuat aku bersungguh pada kali ini.

Posted in March 2009 on March 8, 2009 by thafiexq

tobbyndayana

(Me & Close friend of mine Dayana at DaveDeli Klcc Jan 09)

Minggu lepas antara minggu yang cukup stress. Aku cuba untuk melakukan tugasan satu persatu secara teratur supaya aku tidak bengong. Hujung minggu tiba, aku cuba menghabiskan masa dengan tidur dan berehat dengan cukup.

Pagi ini aku bangun. Sakit pula pada leher dan bahu.Kenapa ya? Aku tidur dalam keadaan bantal yang tidak betul. Perit juga untuk mengerakkan leher ke kanan ke kiri. Dia memberi petua supaya menepuk semula di tempat yang sakit dengan bantal yang kita tidur.

Terangkat kening aku mendengar. Hehe Macam lawak pun ada. Sahabatku Dayana sering menggigit kasut yang baru dibelinya.Katanya untuk mengelakkan dari kasut menggigit kakinya (melecet). haha

Aduhhhhhhhhhhh! Gedebuk! Dia menepuk bantal itu ke belakang aku.. Mengalir juga la air mata aku. Alhamdulillah terus sembuh. Boleh pecaya ke? hehe

Aku Dan Mak iv

Posted in March 2009 on March 8, 2009 by thafiexq

“Aku hilang arah selepas pemergian Mak.. Selalunya sebelum aku keluar rumah aku menjamah dahulu masakan pagi darinya. Teringat lagi kebingitan marah dari suara Mak kepada anak anaknya.. Kini dia sudah tiada. Hari hari aku kosong. Tidur lenaku bagaikan tiada guna lagi.”, kata sepupu aku.

Pengajaran untuk aku.. Hargailah mereka disekeliling  sebelum putusnya mereka dari kehidupan kita.

Aku Dan Air Kencing Setan

Posted in March 2009 on March 3, 2009 by thafiexq

Aku terpaku di pintu melihat ragam anak anak muda berebut rebut merasa dan mengenalpasti “air kencing setan” sebagai tiket pembelajaran. Muka mereka merah dan mulut berbau tatkala menikmati juadah kencing itu.

YAM SENG!” ,kata mereka dengan nada yang girang! sambil minum.

Sahabat aku  menepuk aku dari belakang sambil berkata

“Ko ni konservertiflah! Orang kampung!”

Aku senyap dan senyum sahaja. Aku hairan orang melayu yang beragama Islam sudah lupa jalan Allah. Bukan mereka tidak tahu hukum menenguk “Air kencing Setan” itu.

Biarlah.

Aku Dan Zip Berangin

Posted in March 2009 on March 2, 2009 by thafiexq

Aku tampak bergaya. Hensem. Berambut Spiky. Wangi dengan semburan Calvin Klein Euphoria. (Wah aku teramat perasaan).

Dari rumah ke destinasi aku ke Sunway Pyramid aku dapat merasakan sesuatu yang tak kena. Tapi aku tidak dapat kesan apa puncanya. Melihat sekali imbas raut wajah aku kelihatan normal. Bebas jeraw at. Hehe

Kenapa lah boxer aku sejuk je. Organ dalaman aku pula rasa selesa sangat. Haha.Aku mula pelik, ramai orang memandang aku kemudian senyum senyum. Muhibah sungguh rakyat Malaysia ni kan.

Cis! Rupanya zip seluar aku tidak berzip!!!!!! Patutlah Boxer dan organ dalaman aku BERANGIN!!! MALU tak kesudah!! hahahahahah What A DAY!