Archive for April, 2008

Bagaimana Menyayangi Seseorang

Posted in April 2008 on April 29, 2008 by thafiexq

Hurm.. entri kali ni memang penting bagiku.. Aku ade kenalan rapat denganku yang sering mengadu tentang cintanya yang sering mengongkong aktiviti sosial malah kehidupan dia. Adakah ini yang kita mahu dalam setiap perhubungan. Bukankah setiap hubungan percintaan memerlukan perkongsian suka duka bersama? Bukan hanya kerana kesukaan di sebelah pihak sahaja? Setiap kali kenalan aku menghubungi aku tak sah baginya untuk mengalirkan air mata kekecewaan atau suara yang mendung dek kesedihan. Apa patut aku lakukan untuk menceriakan kenalanku ini. Aku hanya manusia biasa malah aku pernah menghadapi masalah yang sama..

Masa aku di saat genting perpisahan dengan bekas kekasih aku dahulu, memang sukar bagiku untuk terima hakikat yang keputusan yang di ambil atas sebab dasar tidak persefahaman. Teman, bukanya aku hendak memberi provokasi kepada kau untuk berpisah.. Sekurang kurang nya janganlah kau mengambil keputusan yang aku telah lalui..

Teman pernah berkata semasa aku di bangku sekolah dahulu,

“kalo kau nk bercinta.. kau kene bersedia utk menghadapi segala cabaran .. worst that may happen is breakup”

Bukan kau sudah lupa? Ini semua melibatkan perasaan.. Sesuatu yang di anggap sangat subjektif malah boleh melemahkan kita.

Kepada kalian yang membaca entri ini.. Renungkan lah..

Sayangi dia dengan hati.. Bukan dengan perasaan. Jika kalian meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan ianya akan gagal kerana kita sebagai manusia biasa perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.

Kalian, sayangi dia seadanya. Di dunia ni terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Jadi jangan mengharap sesuatu yang sempurna darinya.. Dia memang istimewa dan biarkan ia kekal begitu.Tentu kalian masih ingat detik pertemuan bukan? Kalian terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka tiada alasan untuk mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

(Kepadamu.. aku tersentuh..)

Sayangilah pasangan anda sepenuh hati.. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalinkna hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia memilih anda. Jadi jangan sesekali cuba untuk mempermainkan kehuluran cintanya.

Apa lagi..Owh ya..

Kalian, hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, anda hanya mendapat cinta simpati bukan cinta setulus hati.. (sentap).

Anda perlu percaya pada dirinya. Kepercayaan dan sentiasa bersangka baik padanya adalah sesuatu yang amat penting kerana dengan mempercayainya anda  tidak sekali tidak memfikiran negatif. Kalian, untuk senangkan cerita.. pastikan anda sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia..

Hurm.. Jadi.. Sekarang aku rasa lebih puas pabila melepaskan perasaan di entri ini.. di harapkan teman baikku cuba berfikir dan berfikir ok?

“Lepas baca entri ini, apa kata kalian menghubungi teman istimewa anda dengan mengucapkan kata kata cinta.. Dia menunggu”

Percintaan Tan Hong Ming

Posted in bincang on April 29, 2008 by thafiexq

<Tan Hong Ming>

Her name is Umi..

UMI QAZRINA.

I like her…

<Yasmin Ahmad>

Why do you like her?

<Tan Hong Ming>

Shes wear earing..

She ties to her pony tail..

erm..

She pretty..

<Yasmin Ahmad>

What do you wish you could say to her?

<Tan Hong Ming>

Do you want to come on a date?..

urmm.. to a romantic dinner.

<Yasmin Ahmad>

Does she know you like her?

<Tan Hong Ming>

No,.. i keep it a secret

<Yasmin Ahmad>

Why?

<Tan Hong Ming>

I don’t want the whole world to know!

<Yasmin Ahmad>

Why not?

<Tan Hong Ming>

Coz everybody would laugh at me..

<Yasmin Ahmad>

Why would they laugh at u?

<Tan Hong Ming>

huh?

<Yasmin Ahmad>

Why would they laugh at u?

<Tan Hong Ming>

She doesn’t like me..

<Yasmin Ahmad>

She doesn’t like you?

<Tan Hong Ming>

(geleng kepale..)

<Umi Qazrina>

My name is Umi Qazrina

<Yasmin Ahmad>

Who is your best friend

<Umi Qazrina>

Tan Hong Ming

<Yasmin Ahmad>

Tan Hong Ming?

Do you like him?

Do you have a boyfriend?

<Umi Qazrina>

Tan Hong Ming..

“Kanak Kanak Memahaminya”

Continue reading

My Stereo Rocks!

Posted in bincang on April 28, 2008 by thafiexq

Anda meminati lagu lagu rock?! Gemarkan band band seperti Bittersweet (lagu kucing hitam! best!), Butterfinger,Pop Shuvit & FTG etc…? Anda Semua dijemput (dengan pembelian tiket di semua gedung ROCK CORNER) untuk memeriahkan lagi Mini Konsert My Stereo Rock pada –

DATE – 24th May 2008

VENUE – ZOUK CLUB, KL

TIME – 1.00-7.30 PM

TICKET– RM 24 (presale), RM 27 (at the door)

hosted by – AMAT & AZAHARI (BBB)

Kepada kalian di luar sana! jom kita pergi dan support our local music scene!!! Experience the BEST of Malaysian band in the show & lets prove that the local made Stereo rocks!!!!

Untuk informasi

layari – www.stereopixel.com

myspace – www.myspace.com/stereopixel

email – talk2stereopixel@gmail.com

kita jumpe di sana!

Konsert Peterpan

Posted in April 2008 on April 27, 2008 by thafiexq

Aku baru sahaja sampai rumah.. Ahh.. penat sungguh. Penat sambil terniang niang lagi Konsert Jelajah Malaysia Peterpan 2008 di Stadium Negara KL yang baru sahaja aku pergi kurang dari 2 jam yang lalu. .

Puas hati? Ya! Cukup puas hati.. Berbaloi dengan harga tiket RM37 yang di beli oleh aku di ROCK CORNER Subang Parade.. Persembahan yang cukup bertenaga oleh Peterpan membuatkan penonton enjoy sepanjang persembahan mereka.

Lebih dari 10 lagu yang di nyanyikan oleh Peterpan antaranya Di atas Normal, Ada Apa Denganmu, Hari yang Cerah untuk Jiwa yang Sepi, Di balik Awan, Bebas dan macam macam lagi.

Persembahan pembukaan dari kumpulan Nitrus dan Hujan menghangatkan lagi suasana di awal konsert. Kumpulan Nitrus bagiku agak dull mungkin disebabkan sound system agak kurang memuaskan lagipun aku hanya sempat menonton persembahan terakhir dari mereka.

Seterusnya adalah dari Hujan, aku memang gemar dengan band tersebut. Cukup bertenaga !!.. head banging gak aku dibuatnya.. haha

Im waiting for Hujan’s concert!

Aku Sertakan beberapa pics untuk tatapan anda!

*maaf kualiti gambar tidak jelas

credits to Hujan, Nitrus, Peterpan & Celcom

Malamku Termimpi mimpi

Posted in poem on April 27, 2008 by thafiexq

kepada ku,

“Pohon jambu tumbuh melata,

Tumbuh mengkudu sebelah tepi,

Rindu padamu tidak terkata,

Tidur malamku termimpi mimpi”

Continue reading

Pindah

Posted in April 2008 on April 26, 2008 by thafiexq
Keluargaku akan berpindah? hurmm kemanalah agaknya ye. Kakaku atau lebih dikenali sebagai “singa” oleh aku dan abang ipar gara gara dia terlalu perfectionist * akan berpindah ke tempat kerja baru (tukar base je). Jadi mereka decide nak beli rumah kat Proton City Tanjung Malim. Kenapa jauh sangat ni. Dun ask me.. as the management.
Hari ini, satu keluarga termasuk aku memang plan hari hendak survey rumah berhampiran dengan tempat kerja singa tu. Nickname singa diberi bukan untuk mengutuk, mengata, mencaci atau menghina kakak tercinta sendiri tetapi telah lama di sakat oleh saya dan abang ipar setelah sekian la.. Shes all that.. muahahaha
u knw that we love u kan kakak!
Hati mereka terpaut dengan konsep design dan ciri ciri architecture perumahan di Proton City. Menarik dan tertarik! Walaupun tempatnya agak isolated dengan dunia luar tetapi berbeza sekali dengan suasana di kediaman sekarang. Tempatnya cukup indah.. sunyi dan aman.. lagipun ia hanya mengambil less than 5 min untuk pegi ke konti.
Aku memang bersetuju sangat sekiranya mereka ingin berpindah ke situ. Lagipun kediaman sekarang ke ke Tanjung Malim mengambil masa nearly an hour dengan kadar tol RM6.90 sehala.Wow! Untuk long term planning its better mereka berpindah kan.Lepas ni, aku kesunyian la untuk mendengar celoteh si puteri Tsara Adriana..
Harga rumah di Proton City berbeza mengikut design. Tetapi mereka berjaya mendapat deal yang agak berpatutan. Di sini aku share beberapa keping photo yang sempat aku snap!
“Pintu penyambut yang indah”
“Permandangan Hadapan Rumah”
“Bahagian dalam”
“Tangga yang curam”
“Another Style”
thank you “Proton City
*Perfectionism = “Perfectionism, is a belief that perfection can and should be attained. In its pathological form, perfectionism is a belief that work or output that is anything less than perfect is unacceptable. At such levels, this is considered an unhealthy belief, and psychologists typically refer to such individuals as maladaptive perfectionists.”

Rasa..

Posted in April 2008 on April 26, 2008 by thafiexq

<kring kring> *Lagu Estelle feat Kanye West – American Boy bunyi telefon bimbit mengejut aku dari buaian mimpi malam 4 hari lepas. Dalam hati “sapela yang miskal miskal aku nie!“.. owh. Dari kenalan aku yang hampir setahun tidak menghubungi aku. Tiada niat untuk memburukan dia tetapi entri ini penting bagiku untuk luahkan apa yang terpendam di dalam hati yang tidak berpuas hati, mana tahu kalian dapat membantu aku kan.

Dulu, aku agak rapat dengan dia. Dia muda dari aku. Aku anggap dia macam adik sendiri. Aku banyak tolong dia dalam semua aspek. Mana tidak nya dia ni macam pra matang skit. muahaha ikut je aku ngan kehendak dia. Sejak dia melanjutkan pelajarannya di sini( satu negeri) dia sudah tidak lagi menghubungi aku. Untuk 5 bulan pertama aku tidak ambil kisah tentang nya kerana bukannya aku lupa tapi aku mungkin busy .

“Nape budak ni terus menyepi tanpa kabar berita?” hatiku berkata. Aku cuba menghubungi dia tetapi gagal. Aku xde la sampai nak cari dia sampai ke kampus. Gila. Biarla aku tunggu. Bukanya ape. Sebagai sahabat aku just being polite nk keep in touch ngan dia. Just nak tahu mana  dia menghilang.. sakit ke? mati ke? *maaf emosi terganggu.

Back to the begining of the story, aku reply msg dia. “Ape kau nak” , kasar betol msg aku.Seterusnya dialog berbunyi begini starting dari msg dia.

“Assalamuaikum”

“Wsalam, Ape kau nk dari aku”

“Nak apologize”

“For what?”

“Anything that ive done”

yang lain biarla aku keep it as Private..

Aku tahu aku kasar dengan dia tetapi time tu emosi aku terganggu. Lagipun aku tidak menyesal dengan kata kata aku. Selepas mendengar penjelasan dari dia aku sentiasa memafkan dia walaupun alasan tak munasabah. Siapalah aku nk berdendam dengan  saudara sendiri kan.

Rakan baikku berkata kepadaku –

” Kalo kau sudi memaafkan seseorang itu dengan ikhlas walaupun berat bagi kau, sesungguhnya ALLAH swt menyayangi kau..”

Betol.. Allah menyayangi aku.. Alhamdulillah…

Jadi kepada semua rakan di luar sana.. Berkasih biar satu.. Kawan biar beribu..

Maaf kepada kau kerana mungkin bahasa aku terkasar. Semua ni learning process..

Kunang kunang

Posted in poem on April 26, 2008 by thafiexq

Kepadamu bagiku yang Terindah..(jt)

“Aku adalah kunang-kunang
Dalam gelap aku terbang
Dalam gelap aku terang
Dan jadikanlah kau senja
Kerna gelap kau ada
Kerna gelap kau intan

Aku hanyalah kunang-kunang
Kau hanyalah cahaya
Dalam gelap kita berbagi
Dalam gelap kita abadi”

source – sedutan dari filem “LOVE

pic dari “kakus

p/s “ahh.. indah sungguh pabila puisi ini dedikasikan pada ku

10 Cara Menyatakan Cinta

Posted in bincang on April 24, 2008 by thafiexq

Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat yang berada di perantauan .. Jauh nun di sana  saudara Alias Muhamad dari Universitas Gadjah Mada. Selalu juga saya berhubung denganya tetapi melalui email sahaja. Dia telah mengirimkan email yang berbunyi “10 cara menyatakan cinta”..

terima kasih Alias

wow?! Apa apa pun mari kita lihat apa yang menarik tentang entri ini.

p/s segalanya di tulis dialect Indonesia. Hopefully kalian faham. xde beza pun kan..

Continue reading

exam versi 1

Posted in April 2008 on April 24, 2008 by thafiexq

April 24 2008 , Thursday

Today i attended my first exam since its started on Monday. My first paper as “pembuka tirai” is IMS 552 INFORMATION MANAGEMENT SYSTEM. Nothing much i can say la.. Typical question that surely make my brain want to explode. While im answering one of the question that occur in the question paper my eyes started rain with tears.. i dun know why.. what ar..Then i decided go to the restroom. i wash my face and eyes. Shocking/ly .. hehe no wonder la my eyes merengek . i found several eyelashes in my eyes and it tooks several minutes to get of it.

Honestly, i dun whether i can answer the exam paper or not. Overall, for me is OK la.. I can pass but i dont think i can score..hehe well, i tried my best and we’ll see what happen.

Here, i attached my exam transcript . WHAT?! 11 Papers~!! No worries.. i only gonna seat only for 5 papers. Thank God My Jadual is sooooo not hectic . so, wish me all the best for my incoming papers k.

exam slop