Aku Dan Komunikasi

Perkara yang paling penting dalam perhubungan adalah komunikasi dan persefahaman. Antara seorang itu perlu ada sifat penyabar dan tahu kawal situasi supaya aura sekeliling dalam keadaan yang terkawal.

Berlaku pada aku. Semuanya gara gara sedikit selisih faham aku mula bersikap tidak rasional. Aku ni jenis yang simpan perasaan dendam. Bila dah makan hati, pemikiran aku akan diracuni oleh perkara perkara yang tidak masuk akal.

Sabahat aku Abby berkata, tak guna kalau kita simpan. Seolah olah kita gali lubang tanpa dikambus  kembali then gali lagi lubang. Jadi permasalahan tak akan selesai. Benar katanya. Aku takut bila aku confront masalah sebegini aku takut keputusan yang diambil oleh nya mungkin akan membuat aku menyesal seumur hidup.

Dari mana aku mendapat kekuatan itu, aku lepaskan segala dendam dan persoalan yang bermain main di fikiran ku. Aku seolah olah bersedia dengan apa yang berlaku. Aku bincang dan bincang dan setiap penjelasan yang diberikan sedikit sebanyak aku berpuas hati.

Katanya, mungkin aku tidak berpuas hati dengan penjelasanya tapi deep inside aku melihat kesungguhanya. Banyak sangat kebaikan dia telah lakukan kepada aku. Bukan perluang aku berikan tapi aku bukakan lagi pintu untuk menyayang dirinya.

Terima kasih kerana tetap disisi. :*

3 Responses to “Aku Dan Komunikasi”

  1. kinda cool 🙂

  2. sekurangnya, dia mencuba untuk menjelaskan.
    bukan berdiam dan tetap merasa benar.

  3. Sabar itu separuh dari iman.

Leave a comment