Aku Dan H1N1

13062009070

Aku di Lapangan Terbang Hong Kong

Aku digemparkan dengan berita penyebaran virus H1N1 yang semakin menular. Terlalu dekat dengan aku apabila virus itu berada di dalam kapal terbang dimana aku melakukan tugasan aku. Bayangkan virus itu terperangkap di dalam tubuh insan yang tidak bersalah selama 3 jam perjalanan dari Hong Kong ke Kota Kinabalu. Apa yang menjadi kerisauan kepada aku ialah penyebaran yang mungkin terkena pada aku.Ini bukan rekaan semata.

13062009074

Aku mendapat panggilan dari rakan sekerja pada ketika itu semalam. Dia berkata dia mendapat panggilan telefon dari Pusat Kesihatan Daerah menyuruh dia kuarantin di rumah selama 3 hari.Di balik paginya doktor dan staff akan memeriksa simptom simptom yang mungkin dihadapi jurus ke penyebaran virus H1N1. Aku gentar dan tergamam buat beberapa minit. Memikirkan apa patut aku lakukan.

Rakan aku yang lain menelefon aku mengatakan perkara yang sama, mendapat panggilan telefon supaya mengurung diri di rumah. Terpaku badan aku di atas katil angin. Bagaimana dengan rakan aku lagi 2. Adakah mereka mendapat panggilan telefon juga? Aku tidak membuang masa terus menelefon mereka bertanyakan perihal ini. Mereka seperti aku tidak mendapat sebarang panggilan dari pihak berkuasa.

Semalaman aku merenung dan mengingat kembali tempat duduk mangsa virus ketika. Tempat duduk 15A. Rakan aku berkata tempat itu dihuni lelaki “mat salleh”. Tidak penting semua itu lagi! Apa harus aku lakukan!! Aku bertekad untuk menyerahkan diri aku ke Hospital Serdang untuk membuat pemeriksaan.Nasihat dari rakan aku supaya menelefon talian bebas tol Pusat Kesihatan Daerah di tempat aku. Mereka menyarankan aku supaya dalam tempoh 24 jam aku duduk di rumah menunggu kedatangan mereka untuk melakukan pemeriksaan.

Aku memohon dari kalian supaya berdoa hindarilah sebarang kecelakaan yang berlaku kepada aku. Selamat Tinggal.

4 Responses to “Aku Dan H1N1”

  1. owh.
    baguslah dah contact hosp.
    hopefully u r not infected.
    jgn risau
    doa byk2🙂

  2. Doa dan berharap agar tiada apa yang terjadi.Tawakal pada Allah. Amin.

  3. i doakan u selamat dari H1N1 semasa kerja kena hati2

  4. doakan ko tak terkena H1N1..

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: