Archive for the Uncategorized Category

Aku Dan Fin… Selamat Tinggal

Posted in Uncategorized on December 29, 2009 by thafiexq

Yup.. Aku adalah seekor “black sheep” dalam keluarga.

Pernah dikata aku tidak bijak.

Pernah dikata aku menyusahkan keluarga.

Pernah dikata aku tidak menjaga hati semua.

Pernah dikata aku tidak sedar aku ni siapa.

Pernah dikata aku tidak menghormati orang tua.

Mereka tidak sedar aku dibesarkan dengan melihat ragam keluarga aku sendiri. Aku belajar dari pelbagai drama yang terjadi dan aku tidak ikut. Aku diam . Bila perasaan aku terguris dan emosi aku ditonjolkan dikata aku itu ini. Aku tetap senyap. Masih lagi mendengar amarah dari dia. Seperti aku ni masih lagi budak sekolah. Aku senyap . Dalam senyap aku tahu tidak lagi diperlukan lagi. Mengapa? Kerana mereka kata aku tak hargai. Kalau itulah yang dimaksudkan. Baik aku tinggalkan semua. Biarlah aku lenyap supaya mereka bahagia.

Semuanya salah aku.. Semuanya aku. Yang jahatnya aku.. Dulu orang di atas aku pernah buat sesuatu di luar kawalan pernah mereka pertikaikan? Yup. Itu lah yang dimaksudkan dengan “Black Sheep”. Aku lah kambing itu.

Katanya juga bila aku pandai pegang duit sendiri mereka kata aku lupa diri. Mereka tak tahu aku simpan duit untuk mereka umrah melancong . Itulah matlamat aku.. Itulah cita cita aku..  Tapi aku hancur.. Dikatanya, “pergilah ikut sesiapa sahaja yang dianggap penting”. Tetap senyap.

Aku mengambil keputusan untuk menutup BLOG aku selamanya. Mahu mulakan hidup baru. Tidak lagi aku mahu kongsi kepada sesiapa tentang hidup aku. Aku mahu solo. Aku mahu bersendirian.

Aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca yang sudi berhenti membaca entri aku sebagai perhentian. Kini perhentian itu terhenti selamanya.

Maaf aku ucapkan. Mohon berkat dari mereka.

Assalamualaikum..

Aku Dan The Creator

Posted in Uncategorized on October 7, 2009 by thafiexq

“Nothing really matter.. as long as i put the Creator as my priority”

Aku Dan E75

Posted in Uncategorized on June 20, 2009 by thafiexq

Barulah aku dapat merasakan telefon bimbit baru hasil dari titik peluh aku sendiri..

e75

(kotak je?.. mane hpnye? haha)

Aku Dan Selipar ter..

Posted in Uncategorized on January 10, 2009 by thafiexq

Aku bersama dia. Mahu ke pasar malam membeli juadah makan malam. Code pakaian aku simple. Sekadar Tshirt dan Jeans.  Ramai orang. Berpeluh aku .

Sepanjang perjalanan aku di pasar aku rasa kurang selesa. Setiap langkah aku ambil bagaikan tersangkut batu di tapak selipar jepun kanan aku. Aku memandang ingin melihat apa yang tak kena dengan selipar jepun aku.

Ya Allah!!

Aku pakai selipar sebelah kanan lain sebelah kiri lain! Haha

Patutla aku rasa sempit dan ketat! rupanya aku terpakai selipar kakak aku. Haha Punyalah malu nak mampus.. Aku cover. Berdoa dengan harapan tak de sape yang perasan! Arghhh! Hopefully… hehe

Malu sampai kesudah! haha

Aku Dan Moment

Posted in Uncategorized on January 8, 2009 by thafiexq

dscn6875

Bersama Kash di Pulau Mutiara. Kredit to Nano.

*Gambar sekadar Hiasan

“Aku berkesempatan capture moment itu. Jarang jarang datang mengunjung. Akan aku semadikan saat saat itu selamanya.”

Aku Dan Bulan Sabit

Posted in Uncategorized on January 7, 2009 by thafiexq

Aku di tingkat 16 di Pangsapuri Ilham. Termenung melihat bulan. Terang.. Cantik bulan sabit ini. Teringat kembali di saat aku di Pulau Redang. Aku bersantai. Sandar di kerusi sambil melihat pengunjung pulau berlegar di persisiran pantai.

Batuk lagi. Merah mata aku dibuatnya. Aku melihat skrin telefon bimbit aku. Masih tiada jawapan darinya. Sunyi rasa.  Bilalah aku hendak membeli bateri baru untuk telefon bimbit aku ni. Pitih masih belum gebu. hehe

Ah.. Bosanlah bila hidup bersendirian ni!

Aku masuk bilik.. Baring di atas katil.. Mengira kambing lompat pagar..

Aku Dan Virus

Posted in Uncategorized on December 19, 2008 by thafiexq

Sahabatku Hadrawati text aku.

“Slm, Aku x tau apa yg terjadi.. tp tgh aku bc2 blog ko, ttbe.. guess wat? Windows internet explorer bukak banyak2 page ko tu.. dalam 30 lebih gak window ko 2 terbukak.. trus off pc aku.. virus ape yg ko antar kat aku.. waaaa…..”

Aku terkedu.. waaaaa

AKU DAN CINTA

Posted in Uncategorized on December 2, 2008 by thafiexq

taufiq_cinta1

AKU DAN SANDAR

Posted in Uncategorized on November 17, 2008 by thafiexq

…maafkan aku cinta…

…Usah bersedih lagi, akukan masih ada untuk kau terus sandarkan harapan…

JUJURNYA

Posted in Uncategorized on November 14, 2008 by thafiexq

..sejujurnya diriku masih mengharapkanmu..

* kredit foto Meero