Aku Dan Mak

guguran

Masa aku kecil.. Masih merah kulitku hidup di muka bumi, aku dijaga oleh Mak. Mama dan Abah aku ketika itu bekerja mencari rezeki. Mak ialah kakak kepada Mama aku. Dahulu dan kini beliau menyara keluarganya dengan berniaga menjual nasi lemak. Istimewa sangat nasi lemaknya sehingga hanya boleh licin dalam masa sejam sahaja.

Aku mendapat panggilan dari Abah mengatakan Mak jatuh dan kini terlantar di Hospital  Sungai Petani. Aku rebah mendengar berita itu. Abah menenangkan aku dengan mengatakan tiada apa apa yang serius yang di hadapinya. Aku tahu itu semua kata kata penenang untuk menjaga hati aku.

Malam semalam aku cuba terkenang jasa Mak kepada aku. Aku menganggap dia bagai Mama aku sendiri. Setiap tahun di Hari Raya Mak akan membuat kuih raya kegemaran aku. Tidak putus memberikan aku duit raya tatkala usia aku sudah tidak sesuai menerimanya lagi.

Mak tidak jemu menceritakan perihal aku kepada saudara aku yang lain tentang kebaikan aku. Hurm.. Kini aku sudah buntu.. Buntu dan risau dengan keadaanya yang kini Mak “LUMPUH” separuh badan. Masih lagi terlantar di hospital.

Aku berdoa kepada Allah supaya permudahkan segala kesakitan yang dialaminya. Aku akan pulang untuk mengusap dahi dan mencium pipinya sebagaimana Mak sering melakukan ciuman itu kepada aku sehingga kini.

Aku sedih.. Malah takut akan kehilanganya. Marilah kita berdoa supaya Mak cepat sembuh dan dipermudahkan segalanya. Jasa Mak akan aku kenang. Akan aku kenang sehingga ke akhir hayat aku. Ya.. Aku cukup bertuah kerana mempunyai 2 ibu. Aku bersyukur Mama aku masih lagi sihat. Tidak punya daya untuk aku harungi pabila Mama kandung aku disituasi Mak.

Aku hanya berdoa dan terus berdoa..

15 Responses to “Aku Dan Mak”

  1. Sabarlah.. semua ini dugaan dariNya.. yg pasti doa dari kite smua untuk dia sembuh dan sihat seperti biasa.. Amin..

  2. semoga Mak cepat sembuh..amin

    ♥Yanie Putrajaya♥

    *********************************

  3. khai> itulah yang aku harapkan… terima kasih…

    yanie>amin

  4. Insya Allah..
    Doa dari saya utk Mak..
    Semoga Mak getting better..
    Semoga Mak mendapat kekuatan..
    Semoga Mak sihat semula seperti dulu..
    Aminnn..

  5. hadra> amin.. terima kasih hadra..

  6. Sabar yeh…be tough enuf…
    kita sesama doakan mak sehat alek….
    Anak Mak Jangan nangeh yaaa!!

  7. sama-sama kita berdoa..

  8. mizly & combi> amin… thanks for the doa

  9. semoga cepat sembuh, harap bersabar…

  10. semoga mak thfieq cepat sembuh ya.. insyallah..

  11. noraha jaafar> amin.. setiap detik aku cuba tegarkan perasaan ini..

    cutemiut78>harap begitulah..

  12. salam bro..may ALLAH grant her shifa .ameen.

  13. emm..tuhan itu maha pengasih lagi penyayang tak kira apa jua bentuk keadaan yang diberi kepada seorang hamba itu. amen.

  14. semoga mak cepat sembuh… jangan lupa menjenguknya bila berkesempatan ya…

  15. thafiexq, emmm.. heh..heh..heh.. ni nak beritahu ni.. pasal tag16 kat blog kita tu.. thafiexq kena buat tau.. sebab kat n3 tu kita ada tulis pada sesapa yg komen n3 tu dan pada kengkawan yg list kat side bar yg belum buat tag tu.. kena buat.. so thafiexq dah komen dan sebagai salah sorang yg terlist kat side bar tu.. kena la buat.. klu blm buat..itupun klu nak buat ya.. ok.. mekacih.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: