Hari Pertama

hari pertama aku menjejak kaki ke lantai perpustakaan itu, hatiku berdebar debar memikir apakah cabaran dan dugaan yang akan aku hadapi. aku berkemeja coklat gelap dan bergalaskan beg Universiti aku. Cukup skema.. tapi bergayalah. Bertolak jam 645 pagi dari teratak mengambil masa 35-40min untuk sampai ke destinasi. Aku menunggu 2 orang gadis yang menjadi pasangan praktikal aku. Haha di apit gadis! muahaha nakal.

Kami bertiga memulakan hari pertama dengan makan pagi di gerai bawah perpustakaan. Aku masih tidak kenal dengan staff staff di situ. Mereka memandang kami macam nk makan je. Aku mengambil 3 biji karipap dan nescafe panas. aku kene minum caffeine setiap pagi untuk memberi tenaga. wal hal dah tahap ketagih. haha

Setelah selesai sarapan kami mula bergerak menuju masuk ke dalam perpustakaan. Di kauter masuk

“Assalamualaikum kak, kami bertiga pelajar praktikal dari .. kami ingin berjumpa dengan chief librarian”, tanya persoalan aku kepada staff di kaunter pertanyaan dengan sedikit malu malu.. haha

Kemudianya, kami di bawa terus ke pejabat admin dan menunggu staff yang bertugas. Beberapa minit kemudian datanglah wanita berbadan gempal yang comel, manis senyumanya memberi salam ucapan selamat datang ke perpustakaan. Dialah pegawai yang menguruskan bahagian praktikal. Kami di bawa ke bilik perbincangan untuk melihat video korporat dan mendengar sedikit taklimat. Kami tidak berkesempatan untuk berjumpa dengan chief librarian kerana beliau bercuti.

Selepas itu, kami dijemput untuk makan pagi dalam lingkungan jam 1030pagi. Kami dihidangkan Longtong dan honeydew asam boi.. Arghh Sedap! Perut pun sudah buncit, kami diberi perluang untuk membuat tour seluruh library dan berkenalan dengan semua pegawai yang bertugas di setiap jabatan. Mereka menyambut kami dengan senyuman dan memberi layanan cukup mesra sekali. Tak rugi aku memilih perpustakaan ini. Owh! lupa pula, kami sering tersesat dalam perpustakaan ini. Mana taknya, besar sungguh . Pening dan malu di buatnya.. haha

Tepat jam 5 kami dibenarkan pulang. Sebelum pulang, Si dia sms aku menyuruh aku jangan pulang lagi. Katanya dia hendak memberi sesuatu. Apakah sesuatu itu? Berdebar dan tertunggu perasaan aku.

“Nah..”

“Apa ni”

Sebuah kotak di dalam plastik merah.

“Kek!!”

Terharunya aku.. thank you..

 

4 Responses to “Hari Pertama”

  1. same-same.ihik.

  2. waaa..bestnyer 1st day praktikal dilayan baik.hehehe…teringat kiter zaman study dulu.time praktikal plg best..macam2 pengalaman kita leh dapat.

  3. Tahniah dah mulakan praktikal. Selamat menempuhnya dengan jaya🙂.

  4. cinta II Says:

    dapat kek dari sidia di hari jadi memang bermakna…

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: