Hari Ketiga

Sudah hari ketiga. Aku bangun pukul 330pagi. Membuat persediaan untuk interview esok. Rakanku Alice memberitahu kemungkinan interview esok berbentuk penulisan atau oral. Arghh! aku tidak kisah semua itu. Sama sahaja bukan! Pening dan sakit kepala aku dibuatnya. Nak baca apa lagi ni. Aku surf tentang kaji cuaca lah.. tentang enjin pesawat lah, achievement lah.. etc. Si dia msg aku mengadu sakit perut. mungkin tersilap makan kot. kecian..

Aku tiba agak lewat. Separuh jalan perjalanan aku ke konti aku terlupa membawa wallet! gila! sudahla setiap hari polis membuat road block di sekitar …. (mana boleh beritahu.. hehe) . Bersabar je la.. Aku pusing balik..

Setibanya aku di gerai makan rutin, teman sepraktikal aku menanya mengapa lewat. Aku enggan menjawab kerana angin kemarahan masih belum reda. Kemudian aku ternaik suara terhadapnya. Lalu dia berubah muka lalu meninggalkan aku bersama lagi seorang perjuang praktikal. Maaf.. aku tidak bermaksud untuk menaikkan suara kepada kamu.. Aku harap awak faham.

Hari ketiga, kami sudah memberi pendedahan bagaimana hendak membuat pembelian buku dari vendor. Pembelian terbahagi kepada 2. Pertama bahan on Approval dan kedua bahan Fresh order. Haa.. nak terang tapi malas.. hehe kalau nak tahu juga saya akan explain ok.

Kami ditempatkan di bilik makmal praktikal . Sejuk hingga biru kuku kami bertiga. Kami membuat pembelian buku melalui listing yang telah disediakan oleh pegawai.

Pinggang aku sakit gara gara tidak menyandar pada tempat duduk. Mana taknya, kerja sebegini bukan sebarangan. Tersilap satu maka pembelian itu batal serta merta.

Aku suka kerja sebegini. Walaupun banyak kerja membuatkan masa cepat sangat berlalu..

Pulang ke rumah agak lewat kerana hujan lewat.

p/s gentar akan interview esok…

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: