Aku Dan Tonsil

Hari ini,kakak aku akan ditempatkan di Darul Ehsan Medical Center (DEMC) Shah Alamsekitar pukul 3 petang untuk menjalani pembedahan pembuangan Tonsil. Walaupun pembedahan itu boleh dikatakan sebagai minor tapi kita tidak boleh ambil mudah. Macam aku, sekitar tahun 2004 aku pernah ke Hospital Bukit Mertajam untuk menjalani pembedahan yang sama seperti kakak aku.Tetapi, atas kelalaian doktor kat hospital itu aku harus melakukan pembedahan itu untuk kali kedua 3 hari selepeas pembedahan. Bodoh tol.

Prosedur pembedahan pembuangan tonsil ni lain skit, mereka tak jahit just bakar sahaja selepas buang tonsil tu. Teringat kembali detik doktor kejut aku habis sudah pembedahan itu dijalankan.

“Encik Taufiq, pembedahan sudah berjaya, theres nothing to worry about. Kami akan bawa adik ke bilik wad ya..”

Dalam hati aku…“Napalah ko kejutkan aku!!!!!!! sakitla!!!!!! biarje aku tidoooooo!!!” hehehe

Atas katil aku kene tidur mengiring. Habis bantal aku jadi peta bercampur darah. Sakitlah juga tapi wat to do. Petang itu aku dikerah minum milo ais supaya otot tekak aku exercise menelan something. Kang tak fasal fasal aku tak leh telan makanan.. haha

Jadi rutin aku makan aiskrim for the next couple of weeks.

3 hari selepas pembedahan, doktor explain yang tekak aku ada lagi darah yang masih belum beku. Salah sapa? Salah kau la kan. Bakar tak abis!!!!!! Kadar darah dalam badan aku kurang, high blood presure dan no wonder la muka aku pucat dan letih tak kesudah.

Selepas itu aku terus ke Hospital Besar Pulau Pinang menaiki ambulan. Vroooooommmm cepat gile. Sampai sampai tak sempat nak panaskan bontot terus masuk bilik pembedahan OK. Aduh.. kene operate lagi..

Dah abis.. Aku dikejutkan sekali lagi oleh doktor kat situ. Alih alih ada paip dalam hidung kiri. So uncomfortable! nak telan dah la sakit.. Just imagine nak bernafas. Hari aku di situ untuk proses recovery.

Alhamdulillah.. segalanya berjalan lancar selepas itu. Aku akui memang agak sukar untuk menelan walaupun hanya air. Perit.. Ya.. Aku tidak sanggup melihat keadaan kakak aku sebentar lagi. Mahu sahaja aku rasa keperitan yang di alami.

Semalam aku membuat solat hajat dan sedikit solat sunat berdoa supaya segalanya berjalan lancar.

Kepada blooger dan pembaca blog TokyoBLUE.. Berdoa ya untuk kakak aku supaya selamat segalanya. I really appreciate it.

About these ads

3 Responses to “Aku Dan Tonsil”

  1. semoga kakak thafiexq berjaya menjalani pembedahan tu.. takut ler dgr bedah2 ni..

  2. semoga semuanya baik-baik saja..semoga ibu tsara cepat sembuh..amin..

  3. segalanya sudah selamat

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: