Archive for March 3, 2009

Aku Dan Air Kencing Setan

Posted in March 2009 on March 3, 2009 by thafiexq

Aku terpaku di pintu melihat ragam anak anak muda berebut rebut merasa dan mengenalpasti “air kencing setan” sebagai tiket pembelajaran. Muka mereka merah dan mulut berbau tatkala menikmati juadah kencing itu.

YAM SENG!” ,kata mereka dengan nada yang girang! sambil minum.

Sahabat aku  menepuk aku dari belakang sambil berkata

“Ko ni konservertiflah! Orang kampung!”

Aku senyap dan senyum sahaja. Aku hairan orang melayu yang beragama Islam sudah lupa jalan Allah. Bukan mereka tidak tahu hukum menenguk “Air kencing Setan” itu.

Biarlah.