Pemandu Gila

( credit Flickr)

Aku pulang ke teratak dengan debaran setelah sekian lama aku tidak mengenguk rumah dan suasana Utara. Aku tiba di perkarangan perhentian bas pada jam 5pagi. Melihat sekeliling aku dapati sudah banyak kenderaan lalu lalang dan memuntahkan asap asap hitam dari bontot kenderaan mereka. Pencemaran !!!!! Terbatuk aku di buatnya. Ya Allah, dosanya umat manusia merosakan kurniaanMu.

Mata aku memerhati pemandu memandu kenderaan mereka di jalan raya. Masih ada hati nak racing di waktu subuh! Ya Allah. Tak ada kerja ke manusia ini! Binatang kancil vs kelisa.. Elok sangatlah tu. Dengan lampu neon di bawah dan pemasangan musik yang kuat membuatkan mereka sudah gah di jalan raya agaknya . Gila namanya itu! Selepas kemalangan kecil yang berlaku pada diriku, aku lebih menghargai erti sebuah kehidupan.( Impak Maksima).

Tengahari menjelma, aku dan sahabat baik mula merayap ke Island untuk membeli jeruk jerukan permintaan rakan rakan. Aduh! Panas di utara sungguh pedih dan perit berbanding di Kuala Lumpur. Kemerahan tangan dan sekitar muka menjadi kesan pemanasan global. Tak perlu santai di pantai, hanya duduk di dalam kereta sahaja anda akan rasa terbakar. ( Itu baru neraka dunia.. Allahuakbar)

Perjalanan ke Island hanya mengambil sekitar 30minit. Sepanjang perjalanan aku melihat kenderaan lain memandu kereta macam menempah kubur sendiri terutama sekali bagi penunggang motosikal. Tergamam aku di buatnya.

Apalah nak jadi dengan masyarakat Malaysia sekarang.. Etika di jalan raya makin hari makin suram.. *Pemandu gila namanya!

( Anda pemandu berhemah? atau pernah menyaksikan aksi aksi maut dari pemandu Malaysia?)

( Sanggupkah anda hidup dalam keadaan sebegini?)

6 Responses to “Pemandu Gila”

  1. sm ler ngn dak tue..
    pemandu yg agak xberhemah..
    org mn ntah?
    emm..

  2. salam…
    salam ziarah & salam kenal…
    g island kat ner tu??? utara??? jeruk???
    macam kat penang je…betul ka???
    bukan senang nak jumpa pemandu yg berhemah skrg ni…yg tak berhemah lg ramai dr yg berhemah…
    masing2 pentingkan diri…huhuuh…

  3. beli jeruk yang dipesan? .. pemesan ‘air liur’ gak ker cam kaktiny kena.. hihihihi..

    pemandu berhemah?.. wujud ker lagi?..

    aksi maut.. kaktiny penah tgk aksi maut sekumpulan mat motor masa kaktiny on d way nak gi GH Penang.. mencelah melintar tak ingat punyer.. (sempatler kaktiny menyumpah dlm hati.. and cam sgt baju yang diorang pakai.. sbb geram sgt..)

    at the end.. sesampai kat GH.. nampak 2 mayat diusung masuk GH.. dan SAH.. geng dari bebudak rempit tadi.. ‘gulp’.. (astaghfirullah.. sumpah aku jadi kenyataan ker?.. na’uzubillah..)

    Aksi maut benar2 membawa maut kepada mereka..
    Allahu Akhbar..

  4. aku pernah diberitahu… budak2 rempit ni mana takut accident ke apa… kalau polis kejar… lagi depa bangga…

    aku kata… bangang.

  5. halo, smlm tgk kamu merempit di depan kereta saya. mencilok2 kereta jugakkan? mahu kena piat telinga ni.

  6. thafiexq Says:

    jj> perli aku le tuh… hahah

    kamar hati > ha ah.. penang.. tapi saya tinggal di seberang.. kampung je kat penang.

    kaktiny> masyallah… waaaaaa kak tiny tinggal mane ek?

    tasik merah> tu baru cabaran kene kejar pak polisi! hehe

    cinta> mane ade…. hehe

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: