Bagaimana Menyayangi Seseorang

Hurm.. entri kali ni memang penting bagiku.. Aku ade kenalan rapat denganku yang sering mengadu tentang cintanya yang sering mengongkong aktiviti sosial malah kehidupan dia. Adakah ini yang kita mahu dalam setiap perhubungan. Bukankah setiap hubungan percintaan memerlukan perkongsian suka duka bersama? Bukan hanya kerana kesukaan di sebelah pihak sahaja? Setiap kali kenalan aku menghubungi aku tak sah baginya untuk mengalirkan air mata kekecewaan atau suara yang mendung dek kesedihan. Apa patut aku lakukan untuk menceriakan kenalanku ini. Aku hanya manusia biasa malah aku pernah menghadapi masalah yang sama..

Masa aku di saat genting perpisahan dengan bekas kekasih aku dahulu, memang sukar bagiku untuk terima hakikat yang keputusan yang di ambil atas sebab dasar tidak persefahaman. Teman, bukanya aku hendak memberi provokasi kepada kau untuk berpisah.. Sekurang kurang nya janganlah kau mengambil keputusan yang aku telah lalui..

Teman pernah berkata semasa aku di bangku sekolah dahulu,

“kalo kau nk bercinta.. kau kene bersedia utk menghadapi segala cabaran .. worst that may happen is breakup”

Bukan kau sudah lupa? Ini semua melibatkan perasaan.. Sesuatu yang di anggap sangat subjektif malah boleh melemahkan kita.

Kepada kalian yang membaca entri ini.. Renungkan lah..

Sayangi dia dengan hati.. Bukan dengan perasaan. Jika kalian meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan ianya akan gagal kerana kita sebagai manusia biasa perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.

Kalian, sayangi dia seadanya. Di dunia ni terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Jadi jangan mengharap sesuatu yang sempurna darinya.. Dia memang istimewa dan biarkan ia kekal begitu.Tentu kalian masih ingat detik pertemuan bukan? Kalian terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka tiada alasan untuk mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

(Kepadamu.. aku tersentuh..)

Sayangilah pasangan anda sepenuh hati.. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalinkna hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia memilih anda. Jadi jangan sesekali cuba untuk mempermainkan kehuluran cintanya.

Apa lagi..Owh ya..

Kalian, hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, anda hanya mendapat cinta simpati bukan cinta setulus hati.. (sentap).

Anda perlu percaya pada dirinya. Kepercayaan dan sentiasa bersangka baik padanya adalah sesuatu yang amat penting kerana dengan mempercayainya anda  tidak sekali tidak memfikiran negatif. Kalian, untuk senangkan cerita.. pastikan anda sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia..

Hurm.. Jadi.. Sekarang aku rasa lebih puas pabila melepaskan perasaan di entri ini.. di harapkan teman baikku cuba berfikir dan berfikir ok?

“Lepas baca entri ini, apa kata kalian menghubungi teman istimewa anda dengan mengucapkan kata kata cinta.. Dia menunggu”

7 Responses to “Bagaimana Menyayangi Seseorang”

  1. LaskarArchi Says:

    Cinta itu membutakan msia sebenarnya kan.. kadang kadang ia buleh jadi racun..

  2. cinta adakaleny indah sekirany ade persfahamn yg utuh..i mean try to understandin’ ur partner within each others..tp,kalo ati yg mendambakn cinta yg sejati tu tlh di sakiti,,,,,,huhuhuhu….sampai bile2 kite kne beware ngn bnde ney…hal2 laen bley memaen lg..tp kalo mlibtkn perasaan,,,,sakit wOoOoOooO..i talked to u based on my experiences…so,,try to find someone yg bley memhami kite,,,bkn menyakitkn ati kite…lg indah cinta 2 kn?……

  3. Jojo Miyazaky Says:

    hmmmm…
    agak payah bila kita mula berbicaa ttg cinta…
    dan cinta nie byk tanggapannya!!!
    hmmmm…cm na ek???
    skrg nie ramai yg “bercinta atas dsr tanggungjawab”…
    dan itu amat sakit…

  4. thafiexq Says:

    LaskarArchi > betul… cinta nie boleh jadi kedua dua… dia lah madu.. dia lah racun.. berhati hati ya..

    zuhaily> kite kene lalui pengalaman yang sakit bersama yang tersayang kerana itulah satu satunya cara utk mengenal si dia dengan lebih mendalam lagi.. kalo tak tiada spice dalam percintaan

    Jojo Miyazaky >tanggungjawab.. sebagai hamba kepada pencipta kita.. setiap detik penuh dengan tanggungjawab. berat? perit? kita kene pikul juga,….

  5. sometimes even sepenuh hati cannot guarantee what the outcome will be like. u give all the trust and the other trusts u in return. but turns out in the return as well, ‘all your heart’ is indeed not enough to overcome the obstacles. indeed, it sucks.

  6. thafiexq Says:

    lisa luqman>thanks for the comment.. ur rite.. until now i aint trust nobody when we talk about love. coz… i alwiz being cheated on.. who am i to blame? waaa..

  7. i suka berchenta..masalahnya..pahitnya hempedu disekeliling chenta itu…bagaimana yea mr love???

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: