Aku Dan Sahabat

Malam itu aku bersahur bersama 6 rakan yang mempunyai latar belakang yang berbeza. Bezanya, aku berkesempatan untuk mengenali mereka secara mendalam walaupun aku baru sahaja mengenali mereka selepas ucapan salam diberikan.

Banyak perkara yang diborakkan pada malam itu. Terdetik banyak soalan yang dibincangkan pada malam itu yang mungkin menjadi buah mulut masyarakat akan taboo atau keruntuhan akhlak golongan muda pada masa kini.

Orang kata, ragam manusia berbeza ikut peredaran zaman. Ye ke? Atau.. Kelakuan manusia berubah seiring dengan proses hujung zaman.

Apa apa pun, aku seorang cukup open-minded menerima mereka sebagai sahabat walaupun mereka dikecam pelbagai cacian oleh masyarakat. Mereka juga manusia yang punyai hati dan perasaan . Keinginan untuk menyayangi, disayangi, mencintai, dicintai, seksualiti, kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan di akhirat.

Kata

Kata orang, sahabat itu adalah seseorang yang dekat di hati kita. yang paling mengerti tentang diri kita, yang bisa kasih solusi di saat kita lagi ada masalah, dan seseorang yang ikut menangis di saat kita lagi susah, dan ikut tertawa di saat kita bahagia. Dan tentang yang terakhir ini, saya punya satu kenangan,(ragwanpalace)

Aku sebagai sahabat menerima mereka sebagai kenalan walaupun mereka ini mungkin dihalau keluarga, dikecam masyarakat atau sebagainya. Ini kerana aku tahu dimana letaknya aku dan tanggungjawab aku sebagai hamba Allah swt, agama, sebagai anak kepada kedua ibu bapa aku dan diri aku sendiri.

“Sahabat adalah pendengar yang Setia”. Benar?

3 Responses to “Aku Dan Sahabat”

  1. DIA pendengar yang setia…

  2. sahabat tak semestinya baik sentiasa yg penting skali dlm persahabatan ada kejujuran dan hormat menghormati..siapa dia bukanlah perkara yg penting..

  3. Salam Ramadhan penuh keberkatan…
    ‘Sahabat adalah pendengar yang setia.’
    Bagi kak su sahabat yg baik bukan hanya setia mendengar tapi lebih kepada sahabat yang sanggup menegur untuk kebaikan. Memahami masalah kawan dan sentiasa bersama tak cukup utk jadi sahabat yang baik.

    Tak kan kalau kawan tu lakukan sst yang menyebabkan dirinya susah satu hari nanti (susah dunia dan akhirat) dan kita hanya memandang saja, ataupun terjun sama dengannya semata-mata nak menunjukkan betapa setianya kita sebagai sahabat.

    ps: kak su sendiri masih mencari kekuatan diri untuk menjadi sahabat yang berani menegur. Ya Allah… bantulah daku…

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: