Cinta Itu Buta II

Aku membelek blog Tirai Hidup. Tirai Hidup ada buat entri yang fasal cinta itu buta. Aku ingin mengulas pendapat mengenai topik (bukan nick aku eh! hehe) beliau. Bila bab bab cinta ini aku suka melayan emo. Thats why tan of peeps called me Doc.Love which is insane for me in a way i suck at it! Aku ini pandai memberi pandangan akan bab cintan cintun tapi bila perkara ini berlaku di hadapan mata aku terkedu. Thats just me.

Mengulas pendapat cinta itu buta aku dan sahabat karib sempat menghabiskan kata semi puisi yang berbunyi.

“Cinta membuat kita buta..
Membuat kita tak buta melihat kenyataan yang sesungguhnya..”

“Kerana Cinta, apapun apa yang terjadi..
Seseorang mungkin bunuh diri kerana cintanya ditolak…
Seseorang mungkin menjadi gila kerana ditinggal orang yang dicintainya..
Seseorang mungkin meninggalkan semua yang dimilikinya demi orang yang dicintainya..
Seseorang mungkin menjadi penjahat demi orang yang dicintainya..”

“Kerana cinta itu buta..
Seorang yang cantik rupawan mungkin jatuh cinta pada seorang yang buruk rupa..
Seorang yang kaya raya mungkin jatuh cinta pada seorang yang miskin..
Seorang yang pintar mungkin jatuh cinta pada seorang yang bodoh..”

“Cinta itu buta..
Kerananya cinta mungkin datang kepada siapa saja…”

“Cinta itu buta..
Dan disitulah letak indahnya cinta”..

Indahnya cinta pabila kita tidak memandang paras rupa. Seperti aku, hanya memandang hati dan budi yang boleh menerima aku seadanya dan mencalit kecacatan yang ada pada aku dalam dirinya. Orang kata cinta itu buta kerana cinta itu tidak bermata. Tetapi mata cinta letaknya di hati.

Bila aku melihat couple di entri Tirai Hidup, perkara pertama yang ucapakan di lubuk hati aku adalah, indahnya cinta.Teringat aku pada pemberian bekas kekasih aku muda muda dulu. Dia memberikan aku foto bulan mengambang. Dibelakang foto itu tertulis, “Dari jauh ku melihatmu indah cahaya memantul, dari dekatku melihatmu kabur segala kecacatanmu. Aku mencintaimu .”

EMO lagi.. haha

14 Responses to “Cinta Itu Buta II”

  1. alahai sweetnya note cinta ex gilfren…..simpan lg photo tu?? ehem

  2. perhhhhh~ cionta buta…cinta paling kronik..perlukan bimbingan…siapa mao bimbing gwa?????????????

  3. thafiexq Says:

    chinta> ada.. kat umah..tu yang ingat tu.. hehehe

    mizly>kronik? kalo pandai bawak diri.. macam aku ni tak pandai bawak diri lagi sal faktor usia.. haha sipao tak leh bimbing ka? ehhh hahaha

  4. cinta buta okey…jgn jadi cina buta! ammmpessss.

  5. menikmati cinta.. indah
    memberi cinta… resah
    kehilangan cinta.. gundah
    dikhianati cinta.. goyah
    tak ada cinta.. gelisah
    merebut cinta.. parah
    direbut cinta.. punah
    dipermain cinta… musnah
    Dr.CINTA.. POOODDDAAAAHHH!!!!.. kah kah kah kah…

    hihihi… tapi kaktiny yakin, thafiexq sang pencinta yang ‘asyik masyuk’ dgn cinta kan.. (mengetahui bagaimana utk menyatakan dan menghayati rasa dan erti cinta adalah “a gift” dan hanya orang tertentu sahaja yang “gifted” utk mempunyai ‘seni cinta’ tersebut..)

  6. wah..ber emo cinta lak hari ni..hehehe..tapi yap..cinta itu buta..tapi ada rasa. apa rasanya hanya hati yang mampu berkata..jika bahagia…manislah cinta itu dan jika pedih maka pahitlah rasa cinta itu..walau apa pun rasa dan betapa butanya cinta itu..kita tetap mahukannya…dan terimalah setiap cinta itu dengan hati yang ikhlas dan akal yang panjang….

    wah..apa aku melalut niii..hahahha..

  7. sebuta-buta cinta pun ramai manusia mengejar untuk mencari cinta.

    Walaupun cinta itu buta, ia adalah sesuatu yang indah. Sapa yang dah merasa pasti mengetahui. Segala-galanya ada dalam/pada cinta..

    Cayalah CINTA..heheh semua org terpesona dgn si Cinta ni, ;p

  8. awww… that’s sweet!

  9. kita pun boleh jadik buta kerana cinta..:)

  10. yes thats right!!! cinta memang buta. Aaarrgghhhh… tak nampak ape-ape… tolooongggg…. heee…

  11. Salam Thafiexq…

    Cinta tu tak buta kot, org yg bercinta tu yg buta..

  12. ish!! betul emo ni..
    saya rasa semua org cmni..
    mmg terer gile kasi nasihat kat orang..
    tp bile kene kat diri sendiri..
    blurr lak tatau nk buat ape🙂

    anyway..
    cinta itu mmg buta..
    yang buruk pun nampak baik..
    apakan lagi yang baik2 kan ?

    hehe..
    jgn emo2 ya bro😀

  13. cinta tak buta..manusia yang buta kerana cinta! serius! hehe

  14. Thafiexq……

    cinta terlalu indah…
    sukar di tafsir
    hanya yang sedang mengalaminya sahaja yang merasai
    keindahannya…yang unik
    sebab susah nak jelaskan..bila lama tak nampak hati rindu..
    rindu bukan main main kalau boleh nak jumpa!
    nak memadu kasih..nak bermanja manja dengan yang tersayang
    nak itu dan nak ini mengada ngada pun hanya dengan dia..
    dan nak gaduhpun hanya dengan dia hahahaa..
    gadug gaduh baik tu la cinta namanya,
    Bukan senang nak satukan dua hati
    dua jiwa
    dua insan
    sebab kadang mengambil masa yang panjang
    jatuh cinta kadang dalam jangka masa yg singkat
    orang boleh jatuh cinta!
    percaya atau tidak kalau orang bercinta
    dalam pinggan terbayang wajah..
    atas ceiling nampak,dalam bilik nampak semua nampak dia…
    susah oooo!!!

    sekian bersambung kalau rajin….

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: