Percaya

Sebelum tidur iPod menjadi teman dengan lagu yang menghiburkan, dan aku menyukainya. Hampir tertelap dibuai mimpi, lagu ini aku terkilan. Entah itu kerana nada lagunya atau kerana liriknya yang cukup mengena untukku.

Tidak hanya menahan rasa rindu, namun terkadang menahan rasa cemburu mungkin. Meskipun aku bersyukur, dia mempercayai aku dan mengerti aku memiliki banyak teman dan di undang dengan pelbagai acara sosial. Aku sedar semua itu, dia mempercayai aku, kerana dia mencintai aku dan mengenal diriku. Aku juga sedar, terkadang, ada hal-hal yang tidak sengaja atau tanpa sedar kita lakukan, tapi dapat menimbulkan rasa cemburu atau perasaan kurang senang.

Dia terkadang berkata, dia sedikit cemburu pada sahabat-sahabatku, bukan kerana takut aku bermain api. Tapi dia cemburu, karana sahabat-sahabatku, mungkin memiliki lebih banyak waktu untuk bertemu denganku, dibanding dia. Aku mengerti.

Suatu ketika, dia ingin bercerita padaku tentang masalah yang sangat menganggu fikirannya. Namun, saat itu, dia tahu bahawa aku sedang bertemu dengan salah seorang sahabatku dan dia tidak ingin mengangguku dengan telefon. Setelah aku dalam perjalanan pulang, baru dia menceritakannya padaku. Pada saat itu, hal yang terlihat tidak menjadi masalah, membuat aku merasa sangat “terbakar”. Aku selalu cemburu pada dia (hanya menyimpan perasaan sahaja), kerana aku tahu bahawa hubungan mereka tidak lebih dari adik beradik mungkin.. Dan yang lebih penting, aku mengetahui perasaan dia padaku. Namun, saat itu, aku mengatakan pada dia, “Untuk pertama kalinya, aku cemburu padanya”.

Aku cemburu kerana aku tidak dapat menjadi orang yang “ada” saat dia memerlukanku.
Aku cemburu kerana rasa tak berdayaku.
Aku cemburu kerana dia sangat mencintai aku, sehingga dia tidak ingin mengganggu waktuku.
Aku cemburu kerana sangat bererti bagiku, bila aku dapat memberikan diriku dan waktuku untuknya.

Hal-hal yang nampak “tiada masalah”, justeru terasa menjadi masalah. Aku bersyukur, dia dan aku belajar untuk saling mengerti dari setiap kejadian yang kami alami. Aku bersyukur, kerana hubungan jarak jauh ini, membuat kami saling mengerti dan saling “menarik” diri kami untuk semakin dekat.
Meskipun, tidak ada rasa tidak percaya dalam cinta kami yang bisa “membunuh” seperti lagu ini, aku sedar, kami masih tetap harus waspada dan tidak meremehkan hal-hal yang kami anggap remeh. Dan tidak hanya saling berkata, “Aku percaya padamu” di bibir saja, tapi juga dari dalam hati.

Itu dulu..Tetapi kini kepercayaan menjadi kemusykilan. Bagaimana ya?

lagu itu biarlah aku seorang sahaja yang tahu.

18 Responses to “Percaya”

  1. Princess Liyana Says:

    Alahai..tak tahu nak kata apa.speechless..hmm

  2. akak dtg tak kena waktu ker ni..

    ada masa g blog akak eh….

  3. semua lelaki berperasaan begitukah? sy ni berada dlm keadaan yg sama spt gf kamu itu.

    dan sgt berharap bf sy berkeadaan dan berperasaan spt kamu jua

  4. syokkan time gadoh2 manje,marah2 sayang,rindu rinduan pd yg syg..🙂

    layan je.. :p

  5. Salam Thafiexq…

    Hurmmm untung sigadis dapat kekasih (betoi kan) yg macam awak nie & awak pun beruntung dapat kekasih yg mcm si gadis, so jgn biarkan kemusykilan merosakkan segala2nya…

  6. lagu ape ek??? makhluk tuhan paling seksi kot wakakaka!!!

  7. romantik la u mr. tobby…..

  8. mr tobby… kasi tuka theme la… time setting kasi betol… huhu…

  9. percaya kata akal.. akal bertunjangkan iman.. berakarkan waras, bijak, sabar, yakin, ikhlas, tulus…

    jgn turut kata hati.. hati adakalanya berlandaskan nafsu.. menyimpang amarah, dengki, dendam, hasad, nista..

    miss you 2, 3, 4, 5……

  10. ehehehehehehe….

  11. Salam…
    Kata orang… cemburu itu tanda sayang.
    Kalau sayang, perlu percaya.
    Dan kalau percaya, tak perlulah cemburu.
    Kerana cemburu mampu merosakkan hubungan.
    Soal kesetiaan, serahkan saja pada Tuhan kerana sesungguhnya Dia yang memiliki hati dan hanya Dia yang mampu menjaganya… Semoga hati kalian terjaga.

  12. Cinta itu percaya. Musykil itu rosakkan percaya, terus rosakkan Cinta. Terbuka semua selesai.🙂

  13. terkadang, cinta yang diberikan hanya untuk memenuhi kemahuan dirinya sahaja, tatkala kita yang merana kerana telah menyerahkan cinta padanya. Jadi bersedialah dalam apa jua keadaan ya.

  14. thafiexq Says:

    Princess Liyana> speechless? setiap kali saya membaca entri ni. saya ngalirkan air mata..

    sepi > hehe semestinya!

    azie> saya bersyukur kerana dapat memahami isi hati si dia dari dalam. dan kerana itu membuatkan saya mencintai.Dalam percintaan kita harus berkongsi kasih bukan untuk satu pihak prejudis.

    combi> layannnn.. hehehe

    akak> saya akan cuba menjadi kekasih yang terbaik..

    suzila> lagu tuh? ai cam nk kata akak nie seksi la ek.. heheheh

    suzila> romantik? thank u.. hehe

    suzila > kang saya cari theme yg bersesuaian.. thanks!

    kaktiny> hurmm… betul sangat kak tiny!!!

    cinta> keh keh keh

    suara> jawapan anda akan menjadi isi pada entri seterusnya..

    danielle_corleone> betul.. kepercayaan itu menjamin kesejahteraan…

    kerana> saya takut..

  15. hmmm hang awat weii? heran aku…xyah la dok feeling2 sgt..hehhe mcm aku happy ja..wahaha ..kalo ketahuan awek aku.mati..hehehe..aku xnak komen la apa2..walopun power bab2 neh,,,layann..

  16. thafiexq Says:

    bash> aku kalo bab bab ni aku mmg camni.. hahahah

  17. aduhhhh…layan jiwa plak…jiwa kacau???😦

  18. thafiexq Says:

    kamar hati> kacau la juga… tapi still under control.. hehe

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: