Hari Keenam

Hari pertama minggu kedua. Sudah minggu ke dua aku berpraktikal. Kejap sahaja bukan?. Overall aku enjoy and berpuas hati dengan layanan staff staff disitu malah aku belajar banyak perkara di luar jangkaan! Banyak lagi dunia perpustakaan perlu aku terokai.

Aku tiba seawal 730 pagi. Terus ke toilet setting rambut.. hehe Keluar sahaja dari toilet ada orang menyapa aku dari belakang. Mak oi! terkejut aku! Rupanya teman sepraktikal aku. Melihat raut wajahnya agak kegelisahan dan murung.

“Taufiq, hang dah siap ka buku log?”. tanyanya dengan loghat utara yang pekat

“Sudah. Kenapa? hang tak buat lagi ka?”.

Bila dah jumpe kawan sekampung.. Apa lagi.. mansuhkanlah bahasa Kay elle tuh.. haha

“Aku tak sempat buatlah! Pinjam buku log hang sat aku nak tiru!”

Haha.. macam macam.. Aku pun memberi buku log aku padanya. Aku turun ke gerai bawah untuk sarapan. Perut aku kurang enak pagi ni.. hurm

Selesai sudah makan pagi aku, menuju pula ke tempat kerja. Kami bertemu dengan pustakawan sokongan . Beliau mengajar kami untuk membuat call number dengan menggunakan Cutter Sunborn. Tak susah tapi banyak perkara yang perlu dititik beratkan di setiap tagging di system Virtua.

Tengahari, Ketua Jabatan belanja kami bertiga makan tengah hari di kedai makan berdekatan. Terima Kasih PUAN!!

Sebelah petang, kami berjumpa dengan 2 org pustakawan sokongan membincangkan dan mempraktikkan cara untuk membuat tagging security dan mengecop hak milik buku serta melekatkan call number buku! Best!

Petang aku pulang seperti biasa. Alhamdulillah.. tak hujan..

2 Responses to “Hari Keenam”

  1. books books and more books…

  2. still gune buku log? Uni mana ?

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: