Hari Keempat

Hari keempat aku datang agak lewat skit kerana menghadiri interview test cabin crew. Aku tak nak cerita pasal interview tu. Menyakitkan hati saja. Lain kali aku bercerita pengalaman menjawab test yang gila gila tu. Sudahla aku sampai lewat ke perpustakaan, penat pun masih terasa. Tak hilang hilang lagi.

Sampai saja ke dalam jabatan itu, aku terus duduk berjumpa dengan Pembantu perpustakaan kanan di bahagian pembangunan koleksi di mana beliau bertanggungjawab untuk penerimaan material. Beliau cuku sporting. Suka usik usik rakan praktikal aku. Cara dia menerangkan proses penerimaan bahan yang dipesan cukup ringkas dan mudah difahami pabila dia selitkan jenaka.

Kami mempelajari cara mengemaskini rekod penerimaan system Virtua, menguruskan bahan bahan untuk penjilidan dan menyediakan statistik penerimaan bahan. Banyak sangat procedure kene ikut. Selain itu, aku berperluang untuk menyediakan pembayaran (invois, salinan pesanan dll) untuk diserahkan kepada Pejabat Ketua Pustakawaan. Bukan itu saja, kami haru mengemaskini dan melengkapkan rekod bekalan bahan dari pembekal (order number), menguruskan tuntutan invois/ penyata akaun dari pembekal dan macam macam lagi..

walaupun banyak proses yang dilakukan tapi kami bertiga manage untuk cope dengan prakikal yang diberikan.

Pulang pukul 6, terperangkap di perpustakaan kerana hujan lebat.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: