mama & abah

dedikasi entri untuk mama dan abah,

“Sebagai anak, hendaklah sentiasa taat kepada ibu bapa. Janganlah bersikap kasar. Jangan sesekali membantah apa sahaja yang di suruh oleh ibu bapa. Apabila ibu bapa sudah tua, tidak boleh berkata walaupun sekadar “Uh!” sebagai tanda kamu membantah ibu bapa kamu”

Itulah petikan yang di ambil dari majalah tempatan yang aku terbaca di malam yang redup ini. Sayup rasanya hati ini pabila aku mula merindui ibu bapa ku yang tinggal nun jauh di sana. Melihat cara kakak ku membesar cukup berbeza dengan ku berpijak kaki ke tanah. Aku melihat bagaimana kakak pergi ke sekolah , belajar , di marahi abah malah menemaninya berjumpa bf dia.. haha

Ketika itu, abah aku memang cukup tegas pabila menyentuh bab pelajaran. Nampak saja dakwat merah pada buku kemajuan sekolah “tiada maaf bagimu!”.. Paaannnggg! Aku melihat sendiri air mata kakak mengalir penuh kecewa membasahi baju. Ketika itu aku masih lagi di bangku sekolah rendah. Adakah nasib aku sama seperti kakak? Jelas sekali tidak…

Tidak pernah sama sekali lima jari abah menyentuh kulit aku seperti pengalaman kakak lalui. Ini kerana ibu selalu menyebelahi aku.. Lagipun aku sedar pada ketika itu.. aku perlu membuat perubahan supaya nasibku tidak sama seperti kakak.

Aku dan kakak tidak regret sama sekali atau menyesali ketika zaman muda dahulu. Ibu bapa ku telah mendidik kami berdua dengan cukup kasih sayang. ..cukup pendidikan.. agama.. moral dan etika.. Ya Allah.. Terima Kasih padaMU kerana mengurniakan ibu bapa yang sempurna untuk kami.

“Sanggupkah kamu menjaga dan mencuci najis orang tua kamu yang tidak berdaya seperti mana mereka menjaga kamu ketika kecil dahulu?”

Kasih ibu membawa ke syurga. Kasih saudara semasa berada. Kasih ayah adalah bersusah payah membanting tulang 4 kerat membesarkan anak anak.Menunjukkan kasih sayang dengan cara memberi makan minum. Menyediakan tempat tinggal, pakaian segala keperluan hidup..

Argh.. mata aku sudah banjir dengan air mata..

p/s i miss mama & abah..

11 Responses to “mama & abah”

  1. rindu kat mama n abah ke…ok amik tiket fly balik penang sekarang jugakkk… ehehe

  2. thafiexq Says:

    cinta> balik sungguh kang…

  3. LaskarArchi Says:

    miss bonda la..

  4. hello there.
    thanks for dropping by at my blog.. the cupcakes.. if u want, can order from bake_freshly.com.. the link ada dalam that post🙂

  5. SI DUGONG Says:

    Belanjalah mak bapak makan kat William haha

  6. huh…
    my abah sgt tegas lam subject math..tetiap kali exam dier akn bg akue soalan math 1 buku log tebal..wallah..erm…1 kenangn yg akue x leh lupe masa drjah 2..abah ajr akue perpuluhan n pecahan..akue lupe mcm mane nk tukar perpuluhan kepada pecahan..memng kn r..sekeh…2 le yg pertama n terakhir akue kn sekeh..tpi smpai skung akue ingt cam ne nk tukar perpuluhan kkpada pecahan…n sbb ketegasan abah lam math jugak kaue pernah dpt tawaran uitm dip.snce kuantitatif…huhuhu..tpi akue tolak coz nk teruskan study kat matrix..thanx abah..mizz umi n abah…lambatnyer 30hb nk baik jumper diowang..:P

  7. thafiexq Says:

    afdsmkad > nape sume abah same je ek? aku bakal menjadi begitu jugak kah?

  8. hahahaaa…ntah le…
    abah selaluye dilabelkan seorg yg tegas…kekekee
    datz y kot org yg bergelar abah camtu..tpi x sume gak..kekeke:P

  9. thafiexq Says:

    afdsmkad> insyallah aku akan menjadi abh yang terbaik untuk anak anak aku kelak

  10. ko nk jdi abah yg cam ne??
    tegas???
    kekkeeee
    cam x cye jer..:p

  11. kenangilah kedua orang tua mu

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: