Adakah Cinta Memerlukan Sebab

Kenalandari Indonesia mengirim email yang menyentuh perasaaku..

“Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami
isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian
mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi
tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini
dialog mereka.

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang
cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun
begitu abang memang menyayangi dan mencintai
Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana
abang boleh katakan abang sayang dan cintakan
saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh
buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti!? Tidak! Saya hendak abang
terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan
saya yang lain yang mempunyai suami dan teman
lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka
mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun
begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata. “Baiklah!
Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai
suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu.
Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak
sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan
suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri
mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih
dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi.
Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.

Surat tersebut berbunyi begini :

Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu…
sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku
tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang
dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau
menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh
mencintai mu. Jika disebabkan senyuman aku mencintai
mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh
itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap
langkah aku mencintai mu…. sekarang bolehkah engkau
melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku
tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.

Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih
mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada
sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia
tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh
dirasai dalam hati.”

terima kasih kenalan

Jonathan, Indonesia

Di sini aku letakkan lagu favourite si dia. Kepadamu lagu indah ini di tuju.

Kau begitu sempurna
Dimataku kau begitu indah
kau membuat diriku

akan slalu memujamu

Disetiap langkahku
Kukan slalu memikirkan dirimu
Tak bisa kubayangkan hidupku tanpa cintamu

*
Janganlah kau tinggalkan diriku
Takkan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa

Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidupku
Lengkapi diriku
Oh sayangku, kau begitu
Sempurna.. Sempurna..

Kau genggam tanganku
Saat diriku lemah dan terjatuh
Kau bisikkan kata dan hapus semua sesalku

credits to

http://www.youtube.com

http://www.rizkyonline.com

10 Responses to “Adakah Cinta Memerlukan Sebab”

  1. LaskarArchi Says:

    adehhh….. sebak

  2. luv u baby.

  3. 4u…..

    “Hold it tight, man.
    Hold it very tight.
    One day, we will have to let it go.
    Until the time comes,
    where her shadow would be as big as yours,

    Hold her tight,
    give her light,
    so the smile would stay bright,
    day and night,
    day and night…”

    – Abu Bazli, dari entri ‘Pimpinlah Tanganku’ di http://fajaril.net

  4. thafiexq Says:

    LaskarArchi> nape sebak nie.. be strong bro! kene kuat untuk pasangan anda!

    cinta> i luv u 2 cinta

    cinta> so sweet.. thank u..

  5. kak teh Says:

    “Be close with someone who makes you happy but be closer with someone who cant be happy without you….it makes a lot of difference in life…. love has no reason,if it has,its not love”— Shakespere

  6. thafiexq Says:

    kak teh> kak teh!!! ive heard that quote before and it was my fav!!! tq kerna mengingatkan saya ttg kekuatan maksud quote tersebut!!! yup.. theres a reason for love ..

  7. “Cinta bukan cinta bila dengan sebab”
    “cinta adalah kenapa kita bisa mencintai”
    ////////////////////////////////////

  8. thafiexq Says:

    wahied> everything happen for a reason kan?

  9. best yer dpt laki mcm tu..

  10. thafiexq Says:

    rinee>setiap pasangan ade keistimewaan tersediri.tapi semua orang nk yang indah indah bukan? muax

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: