Aku dan Nasi Ber Lipas II
Aku dan Nasi Berlipas II. [BACA - Aku dan Nasi Berlipas ]
Insiden yang berlaku pada aku baru baru ini mengenai makanan yang di cemari oleh seekor anak lipas keluar dari pintu ulam. Aku ni dah la seorang pengeli dan penakut [BACA - Tentang Aku] pada makhluk yang crawling .
Aku terpaku melihat anak lipas keluar dari celahan ulam yang di katakan fresh itu. Aku tiba tiba focus pada kaki anak lipas yang bergerak gerak . GEEELLIIII… Aku tanpa fikir apa apa terus lepas nasi berlauk ayam aku ke lantai.
Aduh. Terasa biul lah pada saat itu. Mana tak nye. Ketika itu ramai orang sedang makan tengahari. Semua orang pandang aku. Ada yang tergelak melihat aku melompat kegelian.
Aku nak cover lah konon, aku pergi kaunter dan bising bising pada taukenye. Aku bagilah 2 minit ceramah pada dia. Lepas tu dia minta maaf kejadahnya.
Then,
Ni yang aku lemah nie. Dia cakap dia belanja aku makan tengahari . Lauk apa pun ambiklah. Huh? Aku ni pantang dengar benda benda free. Aku iyekan lah. Ambil segala lauk yang ada tanpa memikirkan apa baru berlaku tadi.. Seekor anak lipas yang menyorok di rumah ulam.
Setelah aku sampai di rumah aku baru teringat kembali kejadian tersebut. Terus buang sahaja ke dalam tong sampah. Sesungguhnya aku sudah banned restoran itu. Nak ke aku beritahu di mana tempatnya?

August 7, 2008 at 3:09 am
hahahaa…awat lah hang p yer jer..kan dah bazir makanan yang ko bawa balik tuh..ermmm..pengotor tul lah kedai tuh..patut di sita kedai tu.
August 7, 2008 at 3:10 am
eeee.gelila plak..ceramah 2 minit je?lain kali satu jam;p
August 7, 2008 at 3:10 am
Salam…
Memang elok pun kena banned restoran yg pengotor camtu!
August 7, 2008 at 3:10 am
ahmoi> tempat tu sedap.. sekrg ni dah tao nape la femes sangat . rupanya ade hidangan extra dari kak pas.. hehe
August 7, 2008 at 3:11 am
eee..gelila..em,napa ceramah 2 minit je?patutnya 2 jam;p
August 7, 2008 at 3:11 am
princess liyana> nak bagi lama lama tapi tengah cover malu.. pasal nasik habis comotkan lantai restoran tu.. hehe
akak> kekadang sesedap mane pun restoran tu kita tak tahu cara hidangan nya betul tak?
August 7, 2008 at 3:35 am
lorrr ingat ker fantasi mcm selalu combi baca kat buku..betol ekk?
adehhh..combi pun geli binatang yg merayap bagai ni
August 7, 2008 at 3:37 am
combi> saya leh pengsan kalo terlalu panik.. once mase sekolah rendah saya terpegang ular mase gotong royong kutip daun kat padang sekolah
August 7, 2008 at 4:13 am
patut kau bom jer kedai tu!…
August 7, 2008 at 4:17 am
huhuhuh…
mr.thafiexq….
gtau r kat ne kedai tu…
huhuh
nk gak tau…
August 7, 2008 at 4:19 am
cikgooden> bom? bom kentut lah.. heheh
afdsmmkad> kat ttdi sebelah kedai ali corner! arghh
August 7, 2008 at 4:34 am
ehehhe..ingat kt kandang…
kuikui:D
thanx 4 ur info.
August 7, 2008 at 4:36 am
aku pernah kena anak lipas dalam air sirap ais. pahtu aku bagitau tuan kedai. dia mintak maaaf dan offer air yg baru. aku takmau. aku dah jadi tawar hati nak minum.
August 7, 2008 at 6:32 am
eehhh..gelinyerrr..!!kalo brani, publish la restoren tuh!!Takut2 nanti aku ‘terpegi’ pulak!!!yakksss!!!
August 7, 2008 at 6:36 am
afdsmkad > kandang itu di kontrol oleh kak TIK… hehe
mrpenyubiru> ades.. geliiii
whitetulip> boleh juga! aku akan publish mana tempatnya! baru padan muka
August 7, 2008 at 7:06 am
jijik!
ai pernah termakan megi goreng berlipas
JIJIK!
August 7, 2008 at 7:08 am
azie> tahu takpe! arghhh
August 7, 2008 at 8:20 am
eeee…gelinyer…
saya pernah tercedok air teh susu yang ada bangkai cicak…
geli siot…
August 7, 2008 at 9:34 am
bukan kat kandang tuh lagiks banyak segala mak nenek lipas, tikus biawak ker???? lol
August 7, 2008 at 10:27 am
makan lipas leh panjang umur ape? wuahahaha… anyway, template blog yang agak handsome… patut warna biru, sebab tokyo blue, kan?
August 7, 2008 at 3:16 pm
pernah kena ada lalat dan kumbag dlm lauk…pastuh makcik tuh buat dono jek…mmg lepas tuh kem slm la nak dtg kedai dia!!
August 7, 2008 at 3:43 pm
Lipasss?
Adakah ia juga dikategorikn sbg ulam-ulaman?
Adakah ia membantu tumbesaran bayi?
muahahaaaahaaaaaa…
August 22, 2008 at 2:46 pm
“Aku ni dah la seorang pengeli dan penakut pada makhluk yang crawling”… Lucu, bilang takut tapi ada tampilan gambar makhluknya setiap postingan. Hehehehe… tapi kalu aku, tinggalkan tempat itu dan makan ditempat lain, sekalian tanpa bayar pun…biar mereka sadar diri…