Orkid OH! Orkid
Orkid oh Orkid.
Bukan aku maksudkan Orkid di dalam cerita Sepet lakonan Sharifah Amani tetapi sejenis pokok yang di katakan salah satu tanaman hiasan yang amat popular di Malaysia, dengan iklim yang panas dan lembap sepanjang tahun, Malaysia merupakan tempat taburan hidup orkid liar yang mencapau ribuan jenis.
Ibu bapaku seorang pengemar Orkid sejak 2006 lagi. Mereka mengumpul dan menjaga bunga Orkid dari seluruh Malaysia tidak lokek menghabiskan ratusan ringgit hanya untuk sepasu Orkid. Ya, cukup menarik apabila terdapat ribuan kacukan Orkid yang ada di Malaysia. Nama pun pelik pelik. Yang menarik perhatian aku adalah jenis kacukan Orkid yang diberi nama Abdullah Ahmad Badawi. Hehe ..
Melihat warna dan jenis Orkid di hadapan rumah aku rasa tenang terlupa akan kesibukan yang akan mendatang sampainya aku di Kota Lumpur.
Aku pulang rumah baru baru ini terpegun dengan keindahan Orkid yang menjalar dari pasunya. Bapa aku menceritakan satu persatu fakta dan cara untuk menjaga orkid supaya sihat. Penjagaan orkid memang sukar kerana mereka memerlukan cahaya dan kelembapan yang sesuai untuk hidup.

Bapa aku berhasrat untuk membuat kacukan sendiri orkid belaanya kerana beliau pakar dalam bidang sebegini. Ibu aku pula akan memberi baja kepada Orkid orkidnya mengikut jadual yang di tetapkan. Kini orkid lebih mudah di dapati di gedung pasaraya seperti Carefour dan Tesco. Pendapat bapaku, lebih baik membeli Orkid atau bunga bungaan dari Nursery kerana bungaan di situ lebih sihat dan terjamin.
Indah melihat orkid!
( Anda pengemar bunga?)



June 25, 2008 at 2:18 am
waaa…cantiknyer orkid2 dia….
June 25, 2008 at 2:25 am
ahmoi > tu la.. banyak sampai xvuleh parking kete.. hehe
June 25, 2008 at 3:48 am
Salam, amat menarik orkid2 itu
June 25, 2008 at 4:18 am
the next kacukan… ku li.. ahaks
June 25, 2008 at 4:38 am
Salam thafiexq…
Cantiknya bunga2 orkid nie..
Terima kasih sudi singgah keblog
Akak yg tak seberapa tu..
Akak
June 25, 2008 at 4:38 am
kamato > thanks .. penatla nk jaga kata parent
tasikmerah> ku li? narik gak.. Mi Nyak? hehe
June 25, 2008 at 4:49 am
salam kenal..
orkid ni kena tanya orang rumah la hehe
June 25, 2008 at 8:32 am
zino> orang pompuan mmg pengemar bugaan bukan?! muahaha
June 25, 2008 at 8:46 am
salam…
wah orkid tu…bestnyer…cantik sgt…
mak saya pun suka orkid…dah banyak orkid dok bergantungan kat umah tu…
semuanya cantik2…
orkid ni pun macam baby gak…perlu dijaga & dibelai…ihihihiih…
June 26, 2008 at 2:01 am
akak> best la blog akak. no prob
kamar hati> saya pun macam baby juga.. wakaka geli
June 26, 2008 at 5:02 am
kaktiny merupakan ‘pompuan’ yang ‘alah’ dan kalah – tak minat langsung pada bunga.. (ruginya aku.. untung laki aku.. takyah hadiahkan bunga.. chessss)
July 7, 2008 at 10:43 pm
kaktiny> save budget!!! muahahhaa
May 27, 2009 at 8:29 am
Very nice blog banyak orkid yg cantik2 nak jual?Sya pun minat sangat2
July 6, 2009 at 12:57 am
cantiknnya akid akak ni saya suka le