Konsert Peterpan

Aku baru sahaja sampai rumah.. Ahh.. penat sungguh. Penat sambil terniang niang lagi Konsert Jelajah Malaysia Peterpan 2008 di Stadium Negara KL yang baru sahaja aku pergi kurang dari 2 jam yang lalu. .

Puas hati? Ya! Cukup puas hati.. Berbaloi dengan harga tiket RM37 yang di beli oleh aku di ROCK CORNER Subang Parade.. Persembahan yang cukup bertenaga oleh Peterpan membuatkan penonton enjoy sepanjang persembahan mereka.

Lebih dari 10 lagu yang di nyanyikan oleh Peterpan antaranya Di atas Normal, Ada Apa Denganmu, Hari yang Cerah untuk Jiwa yang Sepi, Di balik Awan, Bebas dan macam macam lagi.

Persembahan pembukaan dari kumpulan Nitrus dan Hujan menghangatkan lagi suasana di awal konsert. Kumpulan Nitrus bagiku agak dull mungkin disebabkan sound system agak kurang memuaskan lagipun aku hanya sempat menonton persembahan terakhir dari mereka.

Seterusnya adalah dari Hujan, aku memang gemar dengan band tersebut. Cukup bertenaga !!.. head banging gak aku dibuatnya.. haha

Im waiting for Hujan’s concert!

Aku Sertakan beberapa pics untuk tatapan anda!

*maaf kualiti gambar tidak jelas

credits to Hujan, Nitrus, Peterpan & Celcom

5 Responses to “Konsert Peterpan”

  1. i lov3 !nD!3

  2. mieza nightmare Says:

    best banget kt kmpulan hujan…blh x mntak no tpon ny…

  3. gua nak jadi fanclub lu orang

Leave a Reply